Syed Saddiq kontinjen negara akur keputusan penganjur Sukan SEA. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor.
Syed Saddiq kontinjen negara akur keputusan penganjur Sukan SEA. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor.
Azlan Muhammad Zain


MALAYSIA terpaksa akur selepas kehilangan 70 pingat emas yang dimenangi di Sukan SEA Kuala Lumpur apabila edisi ke-30 temasya berlangsung di Filipina penghujung tahun ini.

"Apabila kita menganjurkan Sukan SEA, kita mahukan banyak sukan yang boleh membantu kontinjen negara mendapat pingat, kita memerlukan sekurang-kurangnya penyertaan empat pasukan (setiap acara untuk dijalankan. Jadi situasi yang sama berlaku di Filipina.

"Kita ambil maklum semua pihak yang terbabit seperti Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Institut Sukan Negara (ISN) bagi membincangkan keutamaan kita," kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ketua kontinjen negara ke Sukan SEA 2019, Datuk Megat Zulkarnain Omardin mendedahkan Malaysia sudah tempang apabila kehilangan separuh daripada 145 emas yang dimenangi dua tahun lalu selepas terdapat sukan yang tidak dipertandingkan dan acara dikurangkan.

Mengulas mengenai kebimbangan gempa bumi, Syed Saddiq menjelaskan perbincangan lanjut akan dilakukan bersama MSN dan MOM bagi mendapatkan maklumat tambahan dari penganjur.

Beliau menyifatkan ia situasi yang sama ketika Sukan Asia di Indonesia yang turut berdepan ancaman gempa bumi namun ia dapat diselesaikan.

Kontinjen negara akan menyertai 473 acara dari 51 jenis sukan pada edisi ke-30 temasya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mei 2019 @ 7:11 PM