Wee Wern (kiri) menentang rakan senegara, Chan Yiwen ketika pusingan kedua Kejohanan Skuasy Individu Asia hari ini. FOTO Asyraf Hamzah.
Wee Wern (kiri) menentang rakan senegara, Chan Yiwen ketika pusingan kedua Kejohanan Skuasy Individu Asia hari ini. FOTO Asyraf Hamzah.
Ferzalfie Fauzi


PEMAIN skuasy wanita negara, Low Wee Wern menewaskan rakan senegara, Chan Yiwen menerusi straight set 11-5, 11-8, 11-1, dalam saingan pusingan kedua, Kejohanan Individu Asia, hari ini.

Wee Wern naib juara Terbuka Macau baru-baru ini, diletakkan sebagai pilihan keempat kejohanan yang berlangsung di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil.

Selain Wee Wern, turut mara ke pusingan ketiga ialah Aifa Azman yang mengalahkan wakil Iran, Fereshteh Egtedari, 11-3, 11-7, 11-7, manakala pilihan keenam S Sivasangari pula menjinakkan Pranghatai Phongrattana, 11-1, 11-1, 11-1.

Pilihan ketujuh, Rachel Arnold pula mengalahkan Naduni Gunawarde dari Sri Lanka 11-2, 11-4, 11-3.

Syafiq (kanan) ketika menentang pemain Korea Selatan, Lee Se Hyun pada Kejohanan Skuasy Individu Asia.
Syafiq (kanan) ketika menentang pemain Korea Selatan, Lee Se Hyun pada Kejohanan Skuasy Individu Asia.

Sementara itu, dalam aksi lelaki, Syafiq Kamal berjaya mara ke pusingan ketiga selepas mengalahkan Lee Se Hyun dari Korea Selatan 11-9, 11-7, 11-4, namun dua lagi wakil negara Adden Idrakie dan Ong Sai Hung terkandas.

Adden tumpas kepada Ryunosuke Tsuke dari Jepun, 3-11, 5-11, 6-11, manakala Sai Hung kalah kepada wakil Hong Kong, Max Lee, 4-11, 9-11, 6-11.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mei 2019 @ 8:35 PM