NEVILLE dilihat sedang bercakap sesuatu kepada Sir Alex Ferguson. FOTO AGENSI
NEVILLE dilihat sedang bercakap sesuatu kepada Sir Alex Ferguson. FOTO AGENSI
Agensi

London: Gary Neville membandingkan Leeds dengan pasukan Barcelona yang lama dan berkata dia tidak akan mengkritik taktik yang digunakan Marcelo Bielsa musim ini.

The Whites berdepan kekalahan 2-6 kepada seteru utama Manchester United pada Ahad lalu, dikejutkan dengan dua gol dalam tempoh tiga minit pertama dan Red Devils turut mencipta banyak peluang.

Namun pelawat turut mempunyai banyak peluang dalam perlawanan itu yang menyaksikan kebaikan dan keburukan taktik yang digunakan Bielsa.

Neville berkata cara Leeds beraksi mengingatkan dia kepada corak permainan Barcelona yang lama.

"Saya benar-benar menyukai mereka," katanya. "Saya suka melihat mereka dan beraksi dalam setiap perlawanan.

"Dia mengharapkan banyak daripada pemainnya tapi pemain lawan tahu mereka berada dalam perlawanan sebenar,

Barisan pemain United menang 6-2 tapi di dalam bilik persalinan mereka tahu boleh meledakkan lima atau enam gol.

"Ada beberapa pasukan yang sama lawan seperti Barcelona, selama bertahun-tahun anda bermain menentang Barcelona pada akhir 90-an dan mereka tidak begitu hebat pada masa itu tapi setiap kali anda bermain menentang mereka, mereka dapat menjaringkan tiga atau empat gol.

"Mereka mempunyai gaya yang luar biasa dan pemain yang bagus."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Disember 2020 @ 1:28 PM