Solskjaer sempat berswafoto bersama peminat selepas keluar dari pasar raya. FOTO Eamonn/James Clarke
Solskjaer sempat berswafoto bersama peminat selepas keluar dari pasar raya. FOTO Eamonn/James Clarke
Agensi

TAK perlu troli.

Apa dilihat hanya beberapa barangan termasuk sebuku roti gandum dan enam tin Pepsi Max dalam genggaman bos Manchester United Gunnar Solskjaer selepas selesai membeli keperluan hariannya, semalam.

Situasi dirakam ketika pengendali dari Norway itu keluar meninggalkan sebuah pasar raya di Manchester.

Solskjaer akan berdepan ujian terbesar dalam karier pengurusannya apabila United menanti kunjungan Barcelona pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) di Old Trafford, awal pagi Khamis ini.

United juga akan berdepan perlawanan penting Liga Perdana Inggeris berdepan West Ham, Everton, Manchester City dan Chelsea bulan ini.

Bagaimanapun, Solskjaer sempat meluangkan jadual sibuknya dengan menjenguk pasar raya untuk mendapatkan makanan kegemarannya itu.

Solskjaer yang tiba di padang latihan United di Carrington pada jam 7.30 pagi, semalam, kelihatan sedikit keletihan.

Malah, dia tidak menolak permintaan peminat untuk berswafoto bersamanya di luar pasar raya terbabit.

Solskjaer bertandang ke Sepanyol, minggu lalu untuk meninjau perlawanan Barcelona menewaskan Atletico Madrid 2-0.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 April 2019 @ 6:12 PM