Solskjaer akui Barcelona dalam kelas berbeza. FOTO REUTERS
Solskjaer akui Barcelona dalam kelas berbeza. FOTO REUTERS
Agensi

OLE Gunnar Solskjaer mengakui Lionel Messi dan Barcelona berada dalam kelas berbeza berbanding Manchester United selepas impian Liga Juara-Juara (UCL) mereka ranap di Nou Camp, awal pagi tadi.

Messi menjaringkan dua gol dalam masa empat minit ketika United tewas 3-0 pada suku akhir kedua yang menjadikan agregat 4-0 secara timbal-balik.

Malah, Cristiano Ronaldo bersama Juventus turut tersingkir selepas tewas 2-1 kepada Ajax di Turin.

Solskjaer memberitahu kekalahan menyedihkan dialami United menyebabkannya berdepan tugas sukar menjadikan kelab itu sebagai kuasa utama bola sepak Eropah sekali lagi.

“Messi dalam kelas berbeza,” kata Solskjaer. “Dia dan Ronaldo adalah dua pemain terbaik sekarang. Messi mempamer kualitinya pada perlawanan tadi.

“Itulah Barcelona dan aspirasi seperti itulah kita perlu ada. Kita boleh mencapainya tetapi masih ada banyak kerja perlu dilakukan,” katanya.

Solskjaer berkata lagi:”Jika kita mahu United kembali ke tahap dan tradisi asal, memang kami perlu mencabar Barcelona.

“Saya perlu mengatakan mereka berada beberapa tahap di atas kami, di tempat mereka sendiri dan Old Trafford”.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 April 2019 @ 2:46 PM