CASEY mengungguli Kejuaraan Valspar di Palm Harbor, Florida, awal pagi tadi. — FOTO AFP
CASEY mengungguli Kejuaraan Valspar di Palm Harbor, Florida, awal pagi tadi. — FOTO AFP
AFP

PAUL Casey semakin hampir kembali ke kelompok 10 teratas hari ini selepas berjaya mempertahankan Kejuaraan Valspar, manakala Dustin Johnson kekal sebagai pemain golf nombor satu dunia.

Casey dari England menang kejuaraan Jelajah PGA AS ketiga awal pagi tadi, mengatasi Jason Kokrak dan Louis Oosthuizen dengan satu pukulan sekali gus melonjak ke tangga ke-11 dalam ranking.

Johnson bergelut pada hari terakhir di Florida namun masih mampu berkongsi tangga keenam.

Pemain Amerika Syarikat itu mendahului ranking dunia di depan Justin Rose, sekalipun Rory McIlroy tidak jauh di belakang di tangga keempat selepas enam penamat enam terbaik untuk memulakan musimnya.

Jon Rahm naik dua anak tangga ke kedudukan kelapan selepas bertindak baik pada pusingan akhir awal pagi tadi untuk berakhir di samping Johnson.

Pemain Afrika Selatan, Oosthuizen melonjak lapan anak tangga untuk kembali ke kelompok 20 terbaik dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2019 @ 12:36 AM