CASEY melakukan lapan di bawah par 62. FOTO/AFP
CASEY melakukan lapan di bawah par 62. FOTO/AFP
AFP

NEW YORK: Pemain Britain, Paul Casey melakukan lapan di bawah par 62, menyamai rekod pusingan terendah dalam kariernya, untuk meraih kelebihan empat pukulan selepas pusingan ketiga Kejohanan Amerika Syarikat (AS) PGA Travelers, hari ini.

Pemain berusia 40 tahun itu, mendapat nasihat untuk melakukan pukulan daripada jurulatih Peter Kostis, memburu kejuaraan ketiga AS PGA dan kedua tahun ini, selepas tidak melakukan bogey pada peringkat awal di TPC River Highland, Cromwell, Connecticut.

Buat kali ketiga dalam kariernya, Casey melakukan pukulan di 18 green untuk mengumpul 16 bawah 194 bagi 54 lubang, manakala pemain AS, Russell Henley di tangga kedua dengan catatan 198.

Casey merungut mengenai pukulannya, namun tunjuk ajar Kostis di lapangan menyaksikan dia mempamerkan peningkatan dan sedikit pengubahsuaian dengan berada lebih dekat dengan bola berjaya membuahkan hasil.

"Ini adalah sesuatu yang jarang saya lihat, peraturan 18 green, jadi semua nasihatnya berhasil," kata Casey.

Casey, juara 13 kali Jelajah Eropah, tidak meraih sebarang kejuaraan sejak 2014 sebelum menang Kejohanan AS PGA Valspar, mengenepikan Tiger Woods dan bakal juara Masters, Patrick Reed dengan satu pukulan.

 

Info: Keputusan pusingan ketiga

194 - Paul Casey (ENG) 65-67-62

198 - Russell Henley 66-65-67

199 - JB Holmes 66-68-65, Anirban Lahiri (IND) 67-67-65, Brian Harman 64-66-69

200 - Jason Day (AUS) 66-68-66, Ryan Blaum 69-65-66, Beau Hossler 65-67-68, Bubba Watson 70-63-67, Bryson DeChambeau 66-66-68

201 - Jamie Lovemark 68-69-64, Kyle Stanley 67-69-65, Danny Lee (NZL) 67-68-66, Matt Jones (AUS) 65-66-70

202 - Scott Brown 68-69-65, Patrick Cantlay 69-68-65, Emiliano Grillo (ARG) 69-67-66, Kevin Tway 71-64-67, Rory McIlroy (NIR) 64-69-69, Zach Johnson 63-68-71

203 - Lanto Griffin 70-63-70

204 - Denny McCarthy 70-68-66, Chase Seiffert 66-71-67, James Hahn 70-67-67, Kevin Streelman 68-69-67, Patrick Rodgers 69-68-67, Hunter Mahan 68-68-68, Peter Malnati

64-72-68, Stewart Cink 68-68-68, Charley Hoffman 69-66-69, Steve Marino 66-68-70

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Jun 2018 @ 10:16 AM