RYAN Giggs semasa latihan United di Carrington. Reuters
RYAN Giggs semasa latihan United di Carrington. Reuters
Agensi

Ryan Giggs mengakui kebimbangannya jika Manchester City mampu menjulang empat gelaran musim ini tetapi menegaskan skuad Pep Guardiola masih perlukan tuah untuk mengatasi rekod tiga gelaran dimiliki Manchester United.

City berjaya meraih kemenangan ke atas Swansea, Sabtu lalu apabila bangkit pada babak kedua dan apabila ditanya mengenai kemungkinan mereka memenangi kesemua empat trofi, Giggs berkata dengan senyuman: “Banyak yang perlu saya bimbangkan, tolong jangan timbulkannya!”

“City sebuah pasukan yang hebat, bukan. Mereka sudah menjulang satu piala dan United pula tersingkir daripada Piala FA, jadi ia mudah buat mereka.

“Namun perjalanan mereka masih jauh. Seperti juga kami sewaktu menang tiga trofi, banyak yang anda perlukan, sedikit tuah, seperti yang mereka perolehi pada hujung minggu lalu.

“Pastinya menarik untuk menyaksikan apa yang mereka mampu capai.”

Giggs bercakap di kompleks latihan United di Carrington, di mana skuad Wales berlatih menjelang aksi persahabatan menentang Trinidad dan Tobago di Wrexham.

Awal pagi Isnin ini, beliau akan membawa pasukannya utuk kelayakan Euro 2020 menentang Slovakia di cardiff. Pengurus Wales memanggil Gareth Bale untuk aksi di Wrexham tetapi Aaron Ramsey tidak akan menyertai perlawanan sebagai langkah berjaga-jaga.

Pada masa sama Ethan Ampadu,18, diketepikan daripada kedua-dua perlawanan kerana kesakitan belakang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mac 2019 @ 11:49 AM