MARHAN (kanan) meraikan jaringan pertama bersama rakan sepasukan ketika membantu UniKL membenam Maybank 5-1 di Stadium Tengku Abdullah, Bangi, hari ini. - FOTO ihsan UniKL
MARHAN (kanan) meraikan jaringan pertama bersama rakan sepasukan ketika membantu UniKL membenam Maybank 5-1 di Stadium Tengku Abdullah, Bangi, hari ini. - FOTO ihsan UniKL
Ferzalfie Fauzi


PERUBAHAN drastik di bahagian tengah berbaloi apabila UniKL kendalian Arul Selvaraj membelasah Maybank 5-1 pada saingan hoki Liga Perdana di Stadium Tengku Abdullah, Bangi, hari ini.

“Saya nampak taktikal baru ini membuahkan hasil dan mungkin saya akan mengekalkan konsep ini sambil mengambil pandangan ketua pasukan (Marhan Jalil) dan pemain senior,” katanya.

Kemenangan kali kelima bagi saingan liga pusingan pertama membolehkan UniKL kekal di persada liga dengan mengumpul 16 mata.

UniKL membuka jaringan pada minit ke-11 melalui gol padang Marhan namun pelawat berjaya menyamakan kedudukan enam minit kemudian hasil sentuhan bekas pemain kebangsaan Hafifihafiz Hanafi.

Tonggak import dari Belanda, Martijn Havenga meledak dua gol melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-28 dan 39 bagi membolehkan UniKL mendahului 3-1.

UniKL bertambah yakin di hujung saingan apabila menambah dua lagi gol padang pada minit ke-52 dan 60 melalui Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin dan seorang lagi import Belanda, Robbert Kemperman.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Februari 2019 @ 10:17 PM