DJOKOVIC akan berentap dengan rakan sepelatih, Pouille. FOTO/AFP
DJOKOVIC akan berentap dengan rakan sepelatih, Pouille. FOTO/AFP
AFP

MELBOURNE: Novak Djokovic akan bertemu rakan latihannya, Lucas Pouille di peringkat separuh akhir Terbuka Australia, petang ini apabila pemain nombor satu dunia itu meneruskan pemburuannya untuk gelaran ketujuh.

Diletakkan sebagai pemain pilihan utama, Djokovic akan beraksi di pusingan separuh akhir kali ke-34 buat dirinya dalam kejohanan Grand Slam sementara Pouille yang diletakkan pemain pilihan ke-28 tidak pernah mara ke kelompok empat terakhir.

Pemenang akan bertemu Rafael Nadal di final, yang sebelum ini tidak pernah terlepas servisnya dalam 63 permainan dan tidak kehilangan walau pun satu set menuju ke final.

Pemain nombor satu Serbia itu berkata dia dan Pouille mengenali sesama sendiri tetapi tidak pernah bertemu dalam pertandingan kompetitif.

“Ia melucukan apabila kali pertama menentang sesama sendiri,” kata pemenang Grand Slam 14 kali itu. “Kami berlatih bersama banyak kali. Sudah tentu kami mengenali sesama sendiri buat masa yang lama. Kita lihat nanti. Ia adalah aksi separuh akhir.”

Djokovic, 31, bakal mencatat rekod kemenangan Terbuka Australia yang baru bagi mengatasi pemenang enam kali, Roger Federer dan Roy Emerson jika menjulang trofi Norman Brookes pada Ahad ini.

Dia mempunyai sejarah – yang mana setiap kali mara ke separuh akhir di Melbourne pada edisi sebelum ini, dia akan memenangi gelaran. 

“Saya nantikan pertarungan itu. Sudah tentu ia adalah separuh akhir buatnya di Grand Slam tetapi dia menewaskan Nadal di New York beberapa tahun lalu dan menampilkan prestasi baik di kejohanan besar,” kata Djokovic mengenai pemain Perancis berusia 24 tahun itu.

“Dia  tidak gentar bermain dengan baik di pentas terbesar dalam sukan ini. Jadi saya jangkakan dia akan menonjolkan diri, dengan keyakinan tinggi seperti mana selalunya.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 January 2019 @ 10:41 AM