Ben catat lapan birdie. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
Ben catat lapan birdie. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
Jugjet Singh


KUALA LUMPUR: Pemain negara Ben Leong memanfaatkan pengalaman 10 tahun bermain di lapangan TPC Kuala Lumpur untuk mencatat empat bawah par 68 pada pusingan pertama CIMB Classic yang bermula hari ini.

Dia melakar lapan birdie tetapi kelebihan itu dipadamkan oleh double bogey di lubang 12 dan bogey di lubang 7 dan 10 untuk menamatkan hari pertama di terikat di tangga ke-20.

“Saya bermula sedikit hambar, tetapi saya memberitahu diri saya yang masih ada beberapa hari untuk bermain dan tidak perlu tergesa-gesa,” kata Ben yang tampil di kejohanan kali ini menggantikan Gavin Green sebagai pemain ranking terbaik negara.

“Ia membuat saya lebih tenang dan saya berjaya mendapatkan beberapa birdie lagi. Bagaimanapun saya tidak kisah dengan angka yang akan dicatat Ahad nanti. Peluang bermain di sini sudah cukup menggembirakan saya.”

Seorang lagi pemain negara yang beraksi di kejohanan tanpa penyingkiran yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$7 juta (RM29 juta) itu ialah juara Kejuaraan Kebangsaan CIMB, Kim Leun Kwang yang mencatat empat atas par 76 untuk berada dalam kelompok empat terakhir daripada 78 pemain.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Oktober 2018 @ 5:42 PM