PEMAIN Sabah, Hamran Peter  (kiri) menanduk bola sambil dihalang pemain Pahang, Muhamad  Nor Azam Abdul Azih dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur. FOTO Muhd Asyraf Sawal
PEMAIN Sabah, Hamran Peter (kiri) menanduk bola sambil dihalang pemain Pahang, Muhamad Nor Azam Abdul Azih dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur. FOTO Muhd Asyraf Sawal
Asrol Awang


JUARA Piala FA, Pahang harus menyalahkan diri sendiri apabila terikat 1-1 dengan Sabah di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.  

Keputusan seri itu nyata tidak disenangi skuad Tok Gajah yang mahu mengutip tiga mata di laman sendiri manakala Sabah ceria dengan kejayaan mencuri satu mata di tempat lawan.  

Kecemerlangan Sabah boleh dijangka kerana lebih banyak memberi tekanan kepada tuan rumah apabila memiliki dua peluang terbaik menerusi penyerang import, Hector Ramos pada minit ke-21 dan ke-37  tetapi diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Helmi Eliza Elias.  

Pada minit ke-35, pemain tengah Tok Gajah, Nor Azam Azih hampir meletakkan tuan rumah di depan tetapi bola sepakannya ditepis penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim.  

Akhirnya, gol pendahuluan diidamkan tuan rumah disempurnakan Austin Amutu seminit sebelum tamat separuh masa pertama.  

Seminit bersambung babak kedua, Sabah menyamakan kedudukan 1-1 hasil sentuhan Ramos.

Skuad kendalian Dollah Salleh berusaha untuk kembali mendahului tetapi kubu pelawat lebih kebal bertahan.  

Justeru, Pahang yang menamatkan saingan Liga Super  di tangga keempat akur gagal mengutip tiga mata manakala Sabah bermula baik apabila membawa pulang satu mata pada aksi pembuka tirai Piala Malaysia itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Ogos 2018 @ 11:57 PM