PEMAIN Pulau Pinang (jersi kelabu) akan terus beraksi di Liga Perdana. FOTO Mohd Azren Jamaludin
PEMAIN Pulau Pinang (jersi kelabu) akan terus beraksi di Liga Perdana. FOTO Mohd Azren Jamaludin
Zulfaizan Mansor

 

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) menegaskan Pulau Pinang masih kekal dalam Liga Perdana bagi saingan musim depan.

Penjelasan itu dibuat oleh MFL susulan wujud kekeliruan dalam satu laporan yang mengatakan skuad Harimau Kumbang tersingkir ke Piala FAM musim depan.

“Pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL) ingin mengesahkan bahawa Pulau Pinang masih kekal bersaing dalam Liga Perdana Malaysia bagi musim hadapan,” kata MFL dalam satu kenyataan, hari ini.

“Kekeliruan ini mungkin timbul berikutan kedudukan Pulau Pinang di tangga kedua tercorot liga selepas tamatnya liga musim ini pada Jumaat.

“Ingin dimaklumkan bahawa hanya satu pasukan diturunkan musim ini iaitu Terengganu FC II berikutan penyingkiran Kuantan FA sebelum ini.”

Kuantan FA disingkirkan daripada Liga Perdana pada April lalu selepas melakukan kesalahan besar tidak hadir ke Stadium Shah Alam pada 15 April yang menyaksikan kemenangan percuma 3-0 diberikan kepada PDRM.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Julai 2018 @ 9:30 PM