SMYCZEK (kiri) dan Rama idam ke final. FOTO/AFP
SMYCZEK (kiri) dan Rama idam ke final. FOTO/AFP
AFP

NEW YORK: Pemain India, Ramkumar Ramanathan dan Tim Smyczek dari Amerika Syarikat, masing-masing berharap layak ke final acara perseorangan Jelajah ATP buat kali pertama, mara ke separuh akhir kejohanan gelanggang rumput Terbuka Hall of Fame, semalam.

Ramanathan kalah hanya tujuh mata daripada servis pertamanya apabila menundukkan pemain Kanada, Vasek Pospisil 7-5, 6-2 dalam masa 78 minit manakala Smyczek mengatasi pemain Taiwan, Jason Jung 6-1, 5-7, 6-4 pada suku akhir di Newport, Rhode Island.

Pemain nombor 123 dunia Smyczek, 30, tidak pernah bertemu Ramanathan yang menghuni ranking ke-161, namun kejayaan mereka memastikan salah seoang layak ke final acara perseorangan kejohanan ATP Ahad ini.

Aksi suku akhir hari ini menyaksikan pilihan ketiga dari AS, Steve Johnson menentang pemain Israel ranking ke-156 Dudi Sela manakala pemain Sepanyol ranking ke-124, Marcel Granollers menentang pilihan utama dari Perancis, Adrian Mannarino.

Ramanathan, pemain berusia 23 tahun dari Chennai, mempunyai rekod 1-2 dalam kejohanan ATP sebelum ini dan dia mengetepikan pemain Dominica, Victor Burgos 6-4, 6-1 pada pusingan pertama sebelum menewaskan pilihan kelapan dari AS, Denis Kudla 4-6, 6-3, 6-4 pada pusingan kedua.

Aksi separuh akhir esok akan dilangsungkan serentak dengan majlis pelantikan Helena Sukova dari Republik Czech dan Michael Stich dari Jerman ke dalam Dewan Kemasyhuran Tenis Antarabangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Julai 2018 @ 11:11 AM