CHRIS Froome masih menanti status penyertaan Tour De France. Foto AFP
CHRIS Froome masih menanti status penyertaan Tour De France. Foto AFP
AFP

HASRAT Chris Froome untuk menyertai Tour de France tergantung sehingga keputusan rayuannya terhadap penganjur yang menyingkiran namanya diketahui Rabu ini, tiga hari sebelum bermulanya perlumbaan berprestij itu.

Status pemenang empat kali Tour de France itu sama ada dapat menyertai di garisan permulaan Sabtu ini, masih tidak pasti kerana dalam tiga kes sama sebelum ini, pelumba hanya dibenarkan untuk mengambil bahagian selepas memohon rayuan pada saat akhir.

Froome dan pasukannya Team Sky kemungkinan sudah menjangkakan layanan kurang senang di Perancis selepas ujian air kencingnya didapati mengandungi dadah asma salbutamol semasa saingan Vuelta di Sepanyol, tahun lalu.

Berita mengenai penyingkiran nama Froome didedahkan oleh akhbar Perancis dan kemudian disahkan oleh sumber terdekat penganjur kepada AFP.

Pertubuhan Sukan Amoury Tour de France (ASO) sudah memaklumkan kepada Sky menerusi emel bahawa Froome tidak akan berada dalam senarai pelumba pada edisi kali ini.

Sky pantas mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Olimpik Perancis yang akan mengadakan pertemuan esok bagi membincangkan perkara itu dan keputusan akan dilakukan tiga hakim.

Tiga hakim itu tidak akan membincangkan sama ada Froome bersalah atau tidak berhubung kes doping itu, sebaliknya akan membuat keputusan dia dibenarkan beraksi atau tidak di Tour de France yang membabitkan imej perlumbaan berprestij itu.

ASO dan Sky enggan memberikan sebarang komen kerana kes itu sedang berlangsung ketika ini.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Julai 2018 @ 9:05 AM