CHRIS Froome yang memburu gelaran kelima tetap berdepan saingan sengit daripada pencabar lain. Foto AFP
CHRIS Froome yang memburu gelaran kelima tetap berdepan saingan sengit daripada pencabar lain. Foto AFP
AFP

JUARA bertahan, Chris Froome sah menjadi antara pelumba yang akan memulakan kayuhan menjelang Tour de France Sabtu ini selepas dibebaskan daripada tuduhan doping, hari ini.

Namun, Froome yang memburu gelaran kelima tetap berdepan saingan sengit daripada pencabar lain yang sebelum ini dilihat mempunyai sedikit kelebihan.

Penganjur menarik balik larangan ke atas pelumba British itu selepas namanya dibersihkan Pihak Berkuasa Anti Doping Dunia (WADA) dan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) terhadap salah laku dan kes anti dopingnya digugurkan.

Namun, kes itu menimbulkan situasi tegang yang perlu ditangani sebaiknya oleh Team Sky kerana ada pihak yang membantah keputusan berkenaan.

Nama besar dalam siri jelajah itu, Bernard Hinault pula mendesak pelumba lain untuk melakukan protes jika Froome mengambil bahagian.

Namun, tindakan penganjur, ASO mengharamkan Froome sebelum namanya dibersihkan membuatnya juara itu terasa dialu-alukan.

Tour de France digambarkan Dan Martin dari Ireland sebagai ‘cerita dua bahagian’ dengan bahagian pertama menampilkan ‘laluan berbatu’ dan angin lintang, diikuti enam gunung serta empat peringkat berbukit dengan bahagian terakhir sejauh 3,351 kilometer (km).

Walau apa juga ujian tambahan buat Froome, perancang laluan, Thierry Gouvenou berkata, pertukaran antara laluan rata dan berbukit bakal menjadi cabaran terbesar mereka.

Peminat dijangka berada di garisan permulaan dari Noirmoutier di pantai Atlantik Perancis dan cabaran awal, termasuk ujian masa 35 km berpasukan pada hari ketiga.

Perjalanan ke pinggir pantai Quimper pada hari kelima pula akan melalui 10 laluan bukit.

Pereka laluan juga membina dua zon pendakian yang digeruni, Mur de Bretagne pada peringkat kelapan dan sehari kemudian mereka berdepan jalan berbatu ke Roubaix.

Terdapat juga laluan berbatu lebih daripada 20 km di sepanjang jalan perlombongan lama.

Mark Cavendish dari Britain yang memenangi 30 peringkat berkata, ia adalah peringkat paling sukar Tour de France yang pernah dilihatnya serta meragui sama ada mereka mampu mendaki ke kawasan pergunungan.

Sementara itu, pemenang jersi putih 2016, Briton Adam Yates juga meramalkan pelumba akan berdepan kesukaran pada minggu pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Julai 2018 @ 10:03 AM