HONDA (kanan) meraikan gol penyamaannya. -Foto Reuters
HONDA (kanan) meraikan gol penyamaannya. -Foto Reuters
Reuters

YEKATERINBURG: Walaupun bangkit dua kali selepas ketinggalan untuk memastikan keputusan seri 2-2 berdepan Senegal di Yekaterinburg malam tadi, bos Jepun Akira Nishino tetap mahu pasukannya menang seterusnya mengesahkan tempat ke kelompok 16 pasukan terakhir.

Nishino yang berjanji akan menerapkan falsafah menyerang sejak mengambil alih tugas pada April, menggunakan kesemua tiga pemain simpanan yang lebih kepada serangan.

Seorang daripadanya, Keisuke Honda menyamakan kedudukan untuk menjadikan 2-2 hanya enam minit selepas dimasukkan.

Pada ketika itu, penjaring terbanyak sepanjang zaman negara itu, Shinji Okazaki juga dimasukkan ketika Jepun cuba mencari gol penyamaan.

Walaupun ketika kedudukan terikat, Nishino sekali lagi mempertaruhkan penyerang Augsburg, Takashi Usami yang dimasukkan selepas itu.

“Sudah tentu pada babak kedua kami mahu menang,” kata Nishino.

“Selepas menyamakan kedudukan dua kali saya memasukkan Usami. Saya boleh meletakkan pertahanan tetapi saya meletakkan penyerang dan kami berjaya mendapat satu mata.”

“Semua pemain gantian adalah penyerang. Saya menggunakan mereka dengan baik daripada segi jangkaan masa dan semua tiga pemain itu adalah penyerang dan mereka boleh mendapatkan mata.”

Honda yang menjadi pemain Jepun pertama menjaringkan gol pada tiga Piala Dunia berbeza sekali lagi membuktikan dia amat bernilai buat negaranya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Jun 2018 @ 2:38 AM