PEMAIN Jepun ketika berlatih. FOTO/AFP
PEMAIN Jepun ketika berlatih. FOTO/AFP
AFP

SARANSK (Russia): Menjelang perlawanan pembukaan Jepun menentang Colombia, berita gempa bumi yang mengorbankan nyawa di negara matahari terbit itu dan penggera kebakaran yang berbunyi di awal pagi semalam pasti mengganggu skuad Jepun.

Skuad Jepun sedang dalam misi menebus kekecewaan Piala Dunia di Arena Mordovia Arena di Saransk pada malam ini selepas ditewaskan 4-1 oleh James Rodriguez-yang membantu Colombia dalam peringkat kumpulan ketika di Brazil 2014.

Bagaimanapun, berita gempa bumi di Osaka itu yang mengorbankan tiga nyawa dan lebih daripada 300 lagi tercedera, serta penggera kebakaran seawal 5 pagi semalam yang berbunyi di hotel penginapan skuad itu menyebabkan pemain bergelut mendapatkan tidur yang cukup.

“Penggera berbunyi akibat daripada kesilapan dan ia berlaku hampir sama masa dengan berita gempa bumi yang berlaku,” kata jurulatih Jepun, Akira Nishino.

“Penggera itu berbunyi untuk sementara waktu, sementara beberapa pemain yang cemas, jadi mereka kelihatan sedikit kepenatan pada latihan di sebelah pagi.

Pemain tengah, Hotaru Yamaguchi dan penjaga gol, Masaaki Higashiguchi, yang bermain bagi kelab berpangkalan di Osaka, adalah antara pemain yang mempunyai kawan atau keluarga di kawasan terjejas dengan gemba bumi.

“Beberapa pemain mengalami kesan emosi,” akui kapten Jepun, Makoto Hasebe. “Sebagai sebuah pasukan kami mahu memberi sokongan terhadap mereka dan saya mahu membantu mereka sebagai sebuah pasukan.

“Saya mahu meluahkan rasa simpati terhadap mereka yang terbabit di negara kami.”

Skuad Jepun perlu mengetepikan perkara yang berlaku bagi berdepan dengan Colombia, yang mana bintang penyerang mereka, Rodriguez mengalami kecederaan betis.

“Ada segelintir pemain dari Colombia yang semakin matang sejak empat tahun lalu, jadi saya rasa mereka kini menjadi lawan yang sukar,” kata Hasebe.

“Kami perlu mengambil sedikit risiko (pada 2014) kerana itu adalah perlawanan terakhir kumpulan kami, tetapi ini adalah perlawanan pembukaan, jadi ia adalah berbeza. Sudah pasti kami mahu membalas dendam tetapi kami mahu terus kekal dengan perancangan perlawanan kami dan laksanakan.”

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Jun 2018 @ 2:38 AM