PEMAIN hoki negara, Ramadan Rosli (tengah) melepas pertahanan Wales.  FOTO/YAZIT RAZALI
PEMAIN hoki negara, Ramadan Rosli (tengah) melepas pertahanan Wales. FOTO/YAZIT RAZALI
Daripada Ajitpal Singh dan Nor Hairulnizam Wahid di Gold Coast

 

MALAYSIA meraih kemenangan pertama dalam acara hoki lelaki apabila mengatasi Wales 3-0 pada perlawanan kedua Kumpulan B Sukan Komanwel, pagi tadi.

Ia adalah kemenangan yang memberikan suntikan moral buat anak-anak buah Stephen Van Huizen selepas dibelasah 7-0 oleh England, semalam.

Cuaca panas mungkin memberi kesan buat pemain apabila tidak mampu bermain seperti biasa di Stadium Hoki Gold Coast.

Dalam aksi tadi, Fitri Saari meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-18 menerusi penalti, sebelum Joel Van Huizen menyempurnakan bola yang membias hasil sepakan sudut penalti selepas 37 minit untuk jaringan kedua.

Faizal Saari menambah gol ketiga dari jarak dekat apabila menerima hantaran adiknya, Fitri lima minit sebelum tamat.

Malaysia akan berdepan juara Asia, India Selasa ini.

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 April 2018 @ 12:11 PM