TROFI Liga Juara-Juara disamping keputusan undian suku akhir Liga Juara-Juara. -Reuters
TROFI Liga Juara-Juara disamping keputusan undian suku akhir Liga Juara-Juara. -Reuters

NYON, SWITZERLAND: Manchester City bakal berdepan Liverpool di pentas saingan suku akhir Liga Juara-Juara, manakala Juventus sekali lagi dijadualkan bertemu penyandang juara, Real Madrid - sekaligus mengulangi aksi final musim lalu.

Dalam undian suku akhir yang berlangsung di Nyon sebentar tadi, Sevilla dijadualkan berdepan jaguh Jerman, Bayern Munich manakala Barcelona diundi bertemu AS Roma. - AFP

Berikut adalah keputusan undian suku akhir Liga Juara-Juara:

Barcelona lwn AS Roma

Sevilla lwn Bayern Munich

Juventus lwn Real Madrid

Liverpool lwn Manchester City

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Mac 2018 @ 7:35 PM