AKMAL (berdiri tengah) menewaskan Ega Agatha 6-2 dalam aksi final.
AKMAL (berdiri tengah) menewaskan Ega Agatha 6-2 dalam aksi final.
Azlan Muhammad Zain

SKUAD memanah negara mengakhiri cabaran pra Sukan Asia dengan menambah sebutir emas apabila Muhammad Akmal Nor Hasrin memenangi acara recurve individu sebentar tadi.

Pada kejohanan berlangsung di Lapang Sasar Memanah Gelora Bung Karno di Jakarta itu, Akmal menewaskan pemanah tuan rumah, Riau Ega Agatha 6-2 dalam aksi final.

“Secara tidak langsung ia satu suntikan semangat untuk saya melakukan persediaan dan menghadapi kejohanan akan datang.

“Saya berjaya mengawal dengan baik walaupun cuaca hujan dan keadaan berangin,” katanya.

Pada acara yang sama, seorang lagi pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad meraih gangsa apabila menumbangkan lawan dari Taiwan, Deng Yu Cheng.

Malaysia turut meraih perak dalam acara berpasukan compound lelaki manakala gangsa bagi compound berpasukan wanita.

Semalam gandingan Fatin Nurfatehah Mat Salleh bersama Mohd Hakhiki Mohd Kamro meraih emas dalam acara compound campuran.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Februari 2018 @ 9:42 PM