VICTORIA diberi tiket wildcard  untuk kejohanan Terbuka BNP Paribas di Indian Wells.
VICTORIA diberi tiket wildcard untuk kejohanan Terbuka BNP Paribas di Indian Wells.
AFP

LOS ANGELES: Juara dua kali Victoria Azarenka diberikan tiket wildcard untuk kejohanan Terbuka BNP Paribas di Indian Wells pada Mac, menurut penganjur hari ini.

Pemain Belarus itu yang memenangi gelaran berprestij di gelanggang keras di California pada 2012 dan 2016 akan kembali bermain selepas tidak beraksi tahun lalu apabila dia melahirkan anak lelaki.

Victoria mengakhiri cuti bersalin pada pertengahan tahun lalu tetapi tidak menyertai Terbuka Amerika Syarikat selepas hakim Los Angeles dalam kes membabitkan penjagaan anaknya Leo, memerintahkannya tidak meninggalkan California sehingga perkara itu selesai.

Dia kemudian diberikan tiket wildcard untuk Terbuka Australia pada Januari tetapi menarik diri kerana tidak dapat menyertainya.

Bekas pemain nombor satu dunia itu akan membuat penampilan ke-11 di Indian Wells.

“Saya suka bermain di Indian Wells dan teruja untuk kembali ke sana Mac ini untuk merebut gelaran ketiga,” kata Victoria dalam satu kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Februari 2018 @ 12:54 PM