FRITZ tewaskan Nadal di final ATP Indian Wells. -FOTO AFP
FRITZ tewaskan Nadal di final ATP Indian Wells. -FOTO AFP
AFP

Indian Wells, Amerika Syarikat: Taylor Fritz mengejutkan Rafael Nadal 6-3, 7-6 (7/5) untuk merangkul kejuaraan ATP Indian Wells Masters dan menamatkan kemenangan sempurna 20-0 juara Grand Slam itu untuk tahun 2022.

Fritz yang menghuni ranking ke-20 dunia meraih gelaran juara kedua dalam kariernya selepas Masters 1000 menafikan peluang Nadal untuk menyamai rekod 37 gelaran Masters.

Pemain Amerika berusia 24 tahun itu mencapai kejayaan terbesarnya walaupun mengalami kecederaan di buku lali kanan yang sangat menyakitkan itu tidak menyangka dapat meraih kejuaraan.

"Ini hanyalah satu daripada impian zaman kanak-kanak, memenangi kejohanan ini, Indian Wells.

"Ia adalah impian yang zaman kanak-kanak yang anda tidak pernah terfikir boleh menjadi kenyataan," kata pemain kelahiran California sambil menahan sebak.

Nadal yang berusia 35 tahun itu juga beraksi dalam kesakitan apabila dua kali menerima rawatan di bahagian atas badannya semasa perlawanan berlangsung.

Sementara itu dalam aksi wanita, bekas juara Terbuka Perancis, Iga Swiatek menewaskan Maria Sakkari 6-4, 6-1 untuk mengungguli kategori wanita dan melonjak kedudukan ke ranking tertinggi dalam kariernya apabila menghuni tangga kedua dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mac 2022 @ 11:46 AM