MCGUANE dikatakan pemain muda berbakat berjaya memikat Barcelona dengan nilai perpindahan RM124.18 juta. Foto Agensi
MCGUANE dikatakan pemain muda berbakat berjaya memikat Barcelona dengan nilai perpindahan RM124.18 juta. Foto Agensi
AFP

LONDON: Barcelona menandatangani pemain remaja berpotensi Arsenal Marcus McGuane untuk kontrak permulaan tiga tahun termasuk klausa pelepasan bernilai 22.5 juta pound (RM124.18 juta).

McGuane menarik perhatian Barcelona menerusi persembahannya bersama skuad bawah 23 tahun Arsenal.

Pemain tengah itu berpindah ke kelab gergasi Sepanyol pada harga yang tidak didedahkan dan akan memulakan karier bersama skuad Barcelona B.

Barcelona B bersaing di liga divisyen dua Sepanyol, Segunda yang menyamai Liga Kejuaraan di England.

Barca mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontrak pemain 18 tahun itu kepada tambahan dua tahun.

McGuane yang dilahirkan di London adalah hasil bimbingan akademi remaja Arsenal selepas dia menyertai kelab Liga Perdana Inggeris itu di peringkat bawah enam tahun.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Marcus di atas sumbangannya dan mendoakan kejayaannya di Barcelona,” kata Arsenal dalam satu kenyataan.

McGuane, perancang skuad bawah 19 tahun England itu beraksi dua kali bersama skuad utama Arsenal musim ini dalam kancah Liga Europa, ketika menentang Red Star Belgrade dan BATE Borisov.

“Perjanjian McGuane akan memastikannya bersama Barcelona untuk tiga musim, dengan tambahan dua tahun sebagai pilihan. Klausa pelepasan ditetapkan pada 25 juta euro (RM124.18 juta),” kata Barcelona.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 January 2018 @ 7:58 AM