STURRIDGE menyertai West Bromwich Albion secara pinjaman hingga hujung musim ini. Foto Agensi
STURRIDGE menyertai West Bromwich Albion secara pinjaman hingga hujung musim ini. Foto Agensi
AFP

LONDON: Penyerang Liverpool dan England, Daniel Sturridge menyertai West Bromwich Albion secara pinjaman hingga hujung musim ini, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu sebentar tadi.

Sturridge pernah menjadi bintang utama di samping Luis Suarez dan Raheem Sterling di Liverpool namun sudah kurang dipedulikan di bawah kendalian Juergen Klopp serta hanya tampil dalam lima perlawanan liga buat Reds musim ini, meledak dua gol.

Pemain berusia 28 tahun itu, yang dilahirkan di Birmingham, menjaringkan 74 gol Liga Perdana sepanjang kariernya, yang turut menyaksikannya bermain dengan Manchester City dan Chelsea.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 January 2018 @ 10:48 AM