WENDY Ng.
WENDY Ng.
Khairie Khalid

Kuala Lumpur: Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) mengesahkan penerjun negara, Wendy Ng tidak akan beraksi pada temasya Sukan Komanwel Gold Coast dari 4 hingga 15 April depan.

Setiausaha Kehormat ASUM, Mae Chen berkata, penerjun itu masih berada dalam tempoh penggantungan namun tempoh hukuman masih belum diputuskan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA).

“Wendy pasti tidak akan beraksi di Sukan Komanwel. Dua hari lalu, FINA memberi jawapan kepada Wendy yang turut dipanjangkan kepada ASUM dan mereka akan membawa kes itu kepada anti doping FINA.

“Wendy juga memberi kenyataan balas kepada FINA menyatakan dia menerima sibutramine dalam badannya dan ia kesilapan serta kecuaian yang tidak sepatutnya dalam minumannya,” kata Mae selepas mesyuarat jawatankuasa kerja di Majlis Sukan Negara, semalam.

Mengulas lanjut, Mae berkata, Wendy turut mengatakan dia sudah menghantar dokumen diperlukan kepada FINA.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 January 2018 @ 3:30 AM