ANDREZINHO (kanan) perkasa cabaran Marcerra musim ini.
ANDREZINHO (kanan) perkasa cabaran Marcerra musim ini.
Malik Muhamad

Kuala Terengganu: Penyerang skuad kebangsaan Timor Leste kelahiran Brazil, Murilo De Almeida dan Zarko Korac dari Montenegro menjadi senjata utama skuad Marcerra Kuantan FA merobek gawang lawan dalam kancah Liga Malaysia musim ini.

Selain itu bekas pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) dan PDRM, Andrezinho dari Brazil serta bekas tonggak pertahanan Melaka United, Elexandru Tudose dari Romania turut menjadi taruhan skuad kendalian Ismail Zakaria itu.

Pemilik kelab, Datuk Seri Dr Mohamad Feardaus Khairuddin berkata, pemain import itu kini sudah menjalani latihan bersama pasukan dan beraksi dalam perlawanan persahabatan sebelum ini.

“Prestasi pemain import setakat ini tidak mengecewakan kami dan saya berpuas hati, namun kami akan menguji lagi mereka dalam aksi persahabatan bertemu Terengganu FC I sebelum perlawanan sebenar Liga Perdana.

“Kami yakin bekas pemain tengah PDRM dan JDT itu dan Tudose tidak menghadapi masalah bersama pasukan kerana dua pemain itu pernah beraksi dalam saingan Liga M.

“Mereka mampu mempamerkan aksi bertenaga dalam mengharungi liga berdasarkan persembahan semasanya,” kata Feardaus.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 January 2018 @ 3:24 AM