CHRISTIAN ZIEGE
CHRISTIAN ZIEGE
Mohd Fitrie Muhamad


KELAB Thailand, Ratchaburi FC tidak akan mengambil mudah cabaran pada aksi Piala Super Boost Sportsfix, sebaliknya mahu memanfaatkan peluang itu untuk memperkukuhkan pasukan sebelum mengharungi musim baharu saingan liga di negara mereka.

Pasukan yang dikenali sebagai Dragons itu juga melihat kejohanan tiga penjuru berkenaan sebagai medan terbaik menguji pemain serta memberi peluang kepada barisan kejurulatihan menguji corak permainan terkini yang diterapkan pasukan.

“Kami memulakan latihan pada minggu kedua pada Disember tahun lalu di bawah kendalian jurulatih baharu dari Jerman, Christian Ziege. Beliau mengutamakan kekuatan aspek fizikal.

“Sebelum datang ke Kuala Lumpur, kami memulakan latihan taktikal dan melihat pertandingan ini cukup penting sebagai persediaan menguji corak permainan berbeza sebelum menghadapi saingan Liga Thailand.

“Sepanjang tempoh lima tahun lalu, kami menggunakan sistem empat pertahanan. Jadi, kali ini kami mahu melihat kemampuan bersaing dengan menggunakan tiga pertahanan,” kata pemiliknya, Thanawach Nitikanjana.

Walaupun dianggap sebagai pasukan pilihan sempena kejohanan yang dianggap sebagai pemanas badan itu, Nitikanjana tetap menghormati rekod baik Kelantan dan Persija Jakarta yang disifatkan antara pasukan yang memiliki kemampuan baik di peringkat Asia Tenggara.

JADUAL:

13 Januari: Ratchaburi FC mln Persija Jakarta, 8mlm

16 Januari: Kelantan mln Persija Jakarta, 8mlm

20 Januari: Kelantan mln Ratchaburi FC, 8mlm

*Kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 January 2018 @ 10:58 PM