PEMAIN negara  Tengku   Tajuddin Tengku   Jalil (kiri) berebut bola dengan pemain Jepun, Manabu Yamashita (kanan) pada perlawanan penentuan tempat kelima.
PEMAIN negara Tengku Tajuddin Tengku Jalil (kiri) berebut bola dengan pemain Jepun, Manabu Yamashita (kanan) pada perlawanan penentuan tempat kelima.
Azizan Hashim


Ipoh: Masih banyak yang perlu dilakukan skuad hoki negara jika ingin berjaya pada Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London, Julai ini.

Berdasarkan persembahan pada Piala Sutlan Azlan Shah ke-26 berakhir di Ipoh, kelmarin skuad kendalian anak buah Stephen Van Huizen memiliki kelemahan dan kepincangan.

Kelemahan paling ketara adalah ketumpulan penyudah menyaksikan Malaysia hanya menjaringkan enam gol sepanjang kejohanan.

Pemain negara mencipta banyak peluang termasuk mendapat pukulan sudut penalti tetapi kadar jaringannya rendah.

Mungkin pukulan pemain Malaysia sudah tidak sehebat seperti pakar sudut penalti Australia, Britain, India, New Zealand atau Jepun.

Pukulan terus pemain Malaysia kebanyakannya berjaya diselamatkan penjaga gol lawan atau tersasar.

Justeru Stephen perlu berusaha meningkat keupayaan pemain Malaysia termasuk merencana set-piece berkesan menerusi sudut penalti.

Pujian perlu diberikan kepada benteng negara kerana masih utuh kecuali semasa dibaham 1-6 oleh Australia. Penjaga gol S Kumar di gawang masih menjadi pilihan terbaik.

Tahniah kepada Britain kerana muncul juara kejohanan kali ini selepas menundukkan Australia 4-3 pada aksi final.

Ini kali kedua mereka muncul juara kejohanan berprestij ini selepas 24 tahun.

Malaysia pula berjaya mengelak menamatkan cabaran di tangga tercorot apabila menang 3-1 ke atas Jepun pada aksi penentuan tempat kelima-keenam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mei 2017 @ 11:47 AM