PEMAIN Malaysia, Faizal Saari (dua kanan) diasak penjaga gol Britain, Harry Gibson (kiri). FOTO Abdullah Yusof
PEMAIN Malaysia, Faizal Saari (dua kanan) diasak penjaga gol Britain, Harry Gibson (kiri). FOTO Abdullah Yusof
Azizan Hashim


Ipoh: Tuan rumah, Malaysia mengalami kekalahan kedua berturut-turut apabila tumbang 0-1 kepada Britain dalam perlawanan ketiga Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-26 di Stadium Azlan Shah di sini, hari ini.

Dengan kekalahan ini Malaysia kekal di tangga tercorot dengan mengutip satu mata hasil seri 1-1 dengan Jepun dalam perlawanan sulung.

Walaupun mempamer aksi lebib baik berbanding ketika dibelasah 1-6 oleh Australia, kelmarin namun ia tidak mencukupi untuk mencatat kemenangan dihajati.

Jaringan daripada pukulan penalti Alan Forsyth pada minit ke-26 menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan.

Pada perlawanan itu, pemain tuan rumah menunjuk kesungguhan tinggi dan berjaya membawa permainan kepada lawan.

Begitupun, penyudah lemah adalah faktor menghalang anak buah Stephen Van Huizen untuk sekurang-kurangnya mengutip satu mata biarpun melancar serangan bertali arus ke kubu lawan.

Ketangkasan penjaga gol Britain, Harry Gibson turut menjadi penghalang Malaysia.

Gibson berjaya menyelamatkan empat pukulan Razie Rahim sepanjang perlawan tatkala S Kumar juga cemerlang di kubu terakhir Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mei 2017 @ 11:10 PM