DR Mohd Shukri (tengah) menerima anugerah daripada di anugerah META 2023 baru-baru ini.
DR Mohd Shukri (tengah) menerima anugerah daripada di anugerah META 2023 baru-baru ini.
Suliati Asri


MANAGEMENT and Science University (MSU) menerima anugerah Universiti Malaysia Terbaik (Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional-TVET) sempena anugerah Malaysia Education dan TVET 2023 (META 2023), baru-baru ini.

MSU dalam satu kenyataan berkata, pengiktirafan itu menyerlahkan komitmen jitu MSU selaku institusi pendidikan tinggi yang mempelopori pendidikan berteraskan TVET di Malaysia dan global.

"Pelaksanaan pelbagai strategi inovatif dengan memberikan penekanan khusus kepada elemen TVET merentasi silibus pelbagai program pengajian memperkasakan lagi aspirasi ini.

"Kejayaan ini juga adalah kesinambungan kepada pengiktirafan Accreditation Services for International Schools, Colleges & Universities (ASIC) yang berpangkalan di United Kingdom apabila menganugerahkan MSU sebagai Global TVET Model University dan Outstanding Leadership in International TVET Education pada 2018," katanya.

DR Mohd Shukri (dua dari kanan) menerima anugerah daripada Mustapha sambil diperhatikan Rajendran dan Lee Seng Chee pada anugerah META 2023 baru-baru ini.
DR Mohd Shukri (dua dari kanan) menerima anugerah daripada Mustapha sambil diperhatikan Rajendran dan Lee Seng Chee pada anugerah META 2023 baru-baru ini.

Dianjurkan penerbitan Education + TVET Asia, anugerah itu disampaikan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud kepada Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid.

Turut hadir ialah Pengerusi Koperasi Pendidikan Swasta Malaysia Berhad, Datuk R Rajendran dan Editor Pengurusan Education + TVET Asia, Lee Seng Chee.

Edisi Ke-2 META 2023 diadakan bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan organisasi dan individu dalam memperkasakan program TVET di Malaysia.

Antara organisasi dan individu yang terbabit termasuklah institusi pendidikan tinggi, pusat latihan, pusat bahasa, pusat kemahiran dan vokasional, pusat pendidikan awal kanak-kanak, pendidik dan penyedia perkhidmatan TVET, usahawan, personaliti dan tokoh TVET, pengarang dan penerbit serta lain-lain.

Pemenang dinilai berdasarkan kriteria seperti kepimpinan, produktiviti, inovatif, kelestarian, kecemerlangan jenama, kecemerlangan perkhidmatan dan produk, serta kecemerlangan 'start-up' baru.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Oktober 2023 @ 6:16 AM