CHARM menarik dengan rekaan Menara Berkembar Petronas yang ikonik untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
CHARM menarik dengan rekaan Menara Berkembar Petronas yang ikonik untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Apabila membicarakan mengenai apa ertinya menjadi rakyat Malaysia, ia biasanya dikaitkan dengan keindahan kepelbagaian budaya, tradisi, makanan, fesyen dan bahasa yang menjadikan kita semua menjadi satu.

Selain itu, sudah tentu saja masyarakat di negara ini meraikan setiap sambutan yang bermakna itu bersama-sama.

Kita juga baharu sahaja menyambut Hari Malaysia dan sebelum itu, Hari Kebangsaan Ke-64. Demikianlah betapa patriotiknya rakyat Malaysia.

Justeru, Pandora Malaysia turut meraikan semangat cintakan tanah air dengan 'charm' istimewa dalam rekaan Menara Berkembar Petronas yang ikonik.

'Charm' berbentuk syiling perak itu diinspirasikan daripada pesona menara berkenaan.

Apa yang menariknya, sebelah sisi 'charm' itu diukir dengan bangunan ikonik itu sementara di sebelah satu lagi terukir indah logo Pandora.

Rekaan istimewa 'charm' itu sesuai dijadikan koleksi bagi meluahkan perasaan cinta dan kebanggaan kepada negara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 September 2021 @ 6:35 AM