PADANAN harmoni iaitu gelang bersama charm untuk gaya raya Pandora 2020. FOTO Ihsan Pandora
PADANAN harmoni iaitu gelang bersama charm untuk gaya raya Pandora 2020. FOTO Ihsan Pandora
Nurul Husna Mahmud

SEBUT sahaja mengenai pesona raya, keterampilan bukan dinilai pada pemakaian busana semata-mata, sebaliknya aksesori dilihat pelengkap gaya.

Masakan hendak tampil dengan pergelangan tangan atau jari kosong tanpa aksesori apatah lagi di musim kemeriahan raya.

Paling tidak pun rantai di leher perlu ada loket dengan perincian berbentuk nama peribadi atau buah rantai dengan motif tersendiri membuatkan penggayaan aksesori pada individu lebih berseri.

Bukan itu sahaja penggayaan set barang kemas peribadi pastinya menjadi modal memulakan perbualan mesra bersama sanak saudara yang juga minat pada aksesori.

Justeru, untuk raya kali ini, rasanya padanan perhiasan lebih tepat bagi melengkapkan koleksi barang kemas sedia ialah Pandora charm.

Istimewa Pandora charm sempena Syawal bakal tiba tidak lama lagi tampil dalam warna emas berbentuk pelita dan bulan sabit yang direka khas.

PADANAN sendondon cincin dan gelang. FOTO Ihsan Pandora
PADANAN sendondon cincin dan gelang. FOTO Ihsan Pandora

Lebih istimewa charm unik itu dihasilkan khusus menggunakan kemasan tangan bagi memberi pengalaman penggayaan aksesori daripada seni kerja pertukangan tinggi dalam pembuatan barang kemas.

Charm itu juga pasti harmoni sebagai padanan bersama gelang tangan Pandora Moments atau boleh dipakai pada rantai sebagai loket.

Mengenai pesona dalam setiap barang kemas Pandora adalah dibuat dengan perak 925 sterling dengan kemasan tangan.

Pandora Rose dan Pandora Shine direka untuk memberi inspirasi kepada wanita supaya ada keyakinan untuk menonjol dan memperagakan gaya individu mereka.

Setiap perincian lebih istimewa apabila seleksi aksesori koleksi berkenaan cukup menawan seperti cincin, subang, rantai, gelang tangan dan charm dengan kemasan tangan dihiasi batu permata berharga.

Ia penting dalam menambah seri pemakai yang membolehkan wanita meneroka keistimewaan karakter individu unik yang dimiliki menerusi pilihan aksesori kegemaran mereka.

GELANG Pandora berwarna keemasan sesuai untuk digayakan di musim perayaan. FOTO Ihsan Pandora
GELANG Pandora berwarna keemasan sesuai untuk digayakan di musim perayaan. FOTO Ihsan Pandora

Rangkuman pilihan mewah pada harga mampu milik ini membolehkan wanita mengumpul koleksi aksesori idaman mereka untuk digayakan pada bila-bila masa.

Tidak hanya itu, Pandora turut meraikan peminat setia koleksi apabila melancarkan promosi istimewa iaitu Beli 3 Percuma 1.

Kempen berkenaan bermula hari ini sehingga 26 Mei depan berlangsung di semua butik Pandora seluruh negara dan promosi itu tertakluk pada terma serta syarat tertentu.

Bagi yang teruja atau untuk lihat sendiri aksesori perak terkini iaitu Pandora Rose dan Pandora Shine, pelanggan boleh berkunjung ke butik Pandora berhampiran.

Tidak perlu khuatir untuk membeli-belah ketika musim Covid-19 kerana semua butik Pandora di seluruh negara mengamalkan proses sanitasi yang kerap setiap hari bagi memastikan kebersihan persekitaran butik.

Ini membolehkan pelanggan membeli-belah dalam keadaan yang selamat dan selesa.

Bagi yang masih gemar membeli-belah dari rumah melalui aplikasi atas talian, koleksi Pandora boleh didapati di Zalora dan Lazada.

Promosi berbeza ditawarkan untuk belian aksesori Pandora atas talian sempena hari raya.

Untuk dapatkan maklumat terkini pengunjung boleh meninjau di laman web www.pandora.net untuk perincian promosi hebat sempena Syawal kali ini.

PANDORA charm keluaran khas raya. FOTO Ihsan Pandora
PANDORA charm keluaran khas raya. FOTO Ihsan Pandora

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2020 @ 7:00 AM