SELAIN rantai tangan, charm juga boleh digayakan bersama rantai leher.
SELAIN rantai tangan, charm juga boleh digayakan bersama rantai leher.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

JENAMA barangan kemas terkenal dari Denmark, Pandora memperkenalkan koleksi charm istimewa yang diinspirasikan daripada filem popular, Harry Potter.

Menampilkan enam rekaan menarik, setiap satu charm perak sterling itu diilhamkan daripada karakter dan simbol filem popular berkenaan.

Antaranya, topi unik yang melambangkan rumah diwakili (sama ada Gryffindor, Ravenclaw, Slytherin atau Hufflepuff).

Peminat setia juga boleh memiliki charm simbol burung hantu peneman setia Potter iaitu Hedwig atau charm berjuntai Deathly Hallows.

Dua karakter dan simbol berkenaan sememangnya cukup dikenali peminat setia filem yang diadaptasi daripada novel popular karya JK Rowling.

Selain itu, koleksi berkenaan turut menampilkan charm unik yang menggambarkan kegembiraan Potter ketika mendapat surat penerimaan kemasukan ke sekolah ahli sihir terkemuka, Hogwats serta batang penyapu Nimbus 2000.

Ketua Pegawai Kreatif yang juga Naib Presiden Kanan (SVP) Pandora, Stephen Fairchild berkata, pihaknya teruja dengan kejayaan keluaran pertama koleksi berkenaan dinantikan peminat sejak bertahun lamanya.

CHARM unik berbentuk topi ahli sihir.
CHARM unik berbentuk topi ahli sihir.

SIMBOL penerimaan kemasukan Harry Potter ke Hogwarts.
SIMBOL penerimaan kemasukan Harry Potter ke Hogwarts.

Katanya, memandangkan sambutan yang diterima cukup hangat, pihaknya kembali dengan beberapa rekaan baharu untuk peminat setia siri berkenaan.

"Rekaan terbaharu itu menyerlahkan beberapa simbol dan karakter daripada filem Harry Potter.

"Kami gembira kerana dapat terus bekerjasama dan berkongsi dengan peminat setia di seluruh dunia," katanya.

Menurut Fairchild lagi, semua rekaan terbaharu itu akan menambahkan lagi pilihan kepada koleksi siri Harry Potter sedia ada yang dilancarkan Oktober tahun lalu.

"Kami memantau maklum balas daripada peminat di laman sosial selepas koleksi pertama dilancarkan.

"Daripada maklum balas itu, kami dapati betapa bermaknanya perkataan 'ahli sihir' kepada peminat setia filem Harry Potter.

"Ia juga menjadi faktor mengapa kami meneruskan koleksi berkenaan kerana sedar bahawa mereka akan menambah rekaan charm baharu itu dalam koleksi sedia ada," katanya.

Bagi yang berminat, koleksi charm menarik itu sudah pun berada pasaran.

KOLEKSI charm Pandora terbaharu yang diinspirasikan daripada karakter dan simbol filem popular, Harry Potter.
KOLEKSI charm Pandora terbaharu yang diinspirasikan daripada karakter dan simbol filem popular, Harry Potter.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Ogos 2020 @ 7:00 AM