KOLEKSI rekaan barang kemas ambil ilham daripada tradisi menghidangkan biskut Aidilfitri.
KOLEKSI rekaan barang kemas ambil ilham daripada tradisi menghidangkan biskut Aidilfitri.
AKSESORI pelengkap gaya.
AKSESORI pelengkap gaya.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Bergaya pada pagi lebaran sudah menjadi kemestian wanita di negara ini.

Selain pakaian serba baharu, aksesori pelengkap gaya seperti barangan kemas moden juga menjadi keutamaan persediaan wanita dalam meraikan sambutan Aidilfitri.

Hari kemenangan itu adalah masa untuk meraikan permulaan bulan Islam baharu dengan berkumpul bersama keluarga serta yang tersayang bagi menyebarkan lagi kebaikan dan kasih sayang.

Aidilfitri kali ini boleh diserikan lagi dengan koleksi Raya terbaharu daripada Pandora Malaysia yang mempesonakan.

Menampilkan pelbagai rekaan menarik, pesona dan kilauan koleksi berkenaan diilhamkan oleh elemen cinta serta kebersamaan.

Ia adalah penghormatan penuh semangat kepada detik-detik yang tidak dapat dilupakan dan dikongsi ketika musim perayaan.

Semua itu diterjemahkan menerusi taglinenya, 'Memori Raya Bersama Pandora'.

Mengambil inspirasi daripada tradisi menghidangkan kuih dan biskut raya, koleksi baharu itu melambangkan layanan ikhlas serta kemurahan hati setiap individu.

KOLEKSI barangan kemas moden menarik.
KOLEKSI barangan kemas moden menarik.

MENGAMBIL inspirasi daripada tradisi menghidangkan kuih dan biskut raya.
MENGAMBIL inspirasi daripada tradisi menghidangkan kuih dan biskut raya.

Koleksi berkenaan menampilkan pelbagai rekaan aksesori pelengkap gaya menarik dalam pilihan rona meriah untuk menceriakan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini.

Daripada charm kaca Pandora Mini Murano hingga kepada pelbagai rekaan unik yang berwarna-warni, koleksi baharu itu jelas menawan hati.

Selain itu, charm unik emas mawar 14K dengan pelbagai rona Murano menarik juga sesuai digayakan bersama.

Bukan sekadar perhiasan, koleksi Raya itu turut merangkumi mantra BE LOVE jenama berkenaan iaitu Cinta bukan hanya di acara, tetapi adalah gaya hidup yang sebati dalam diri.

Begitu juga tumpuan sambutan Aidilfitri, ia meraikan cinta, perpaduan dan kemaafan, bergema semangat BE LOVE.

Ia membawa harapan kasih sayang dan perpaduan, untuk sama-sama menghayati nilai penerimaan serta kebersamaan yang menterjemahkan jenama dalam suasana perayaan yang penuh kemeriahan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2024 @ 7:05 AM