Koleksi barang kemas hari kekasih tampil rekaan bentuk hati dengan permata zirkonia. FOTO Rohanis Shukri
Koleksi barang kemas hari kekasih tampil rekaan bentuk hati dengan permata zirkonia. FOTO Rohanis Shukri
Fairul Asmaini Mohd Pilus


PERASAAN kasih dan sayang sebenarnya boleh diterjemahkan dalam pelbagai cara sama ada dengan ungkapan kata-kata mahu pun menzahirkannya dengan perbuatan.

Ia tidak semestinya terlalu sempurna asalkan hasrat murni hati nurani dapat disampaikan dan diketahui oleh si dia yang menjadi pujaan.

Namun, jika mahu memulakan langkah seterusnya pada hari kekasih ini sama ada dengan sebentuk cincin, sejambak bunga mawar atau subang istimewa, Pandora menyediakan segalanya untuk menjadikan ia kenangan yang lebih bermakna.

Buah tangan terbaru jenama terkenal itu, Koleksi Valentine Musim Bunga 2020 menampilkan himpunan menarik gabungan rekaan perhiasan berbentuk hati, batuan permata zirkonia dan logam berkilauan.

Ia menyerlahkan lagi perasaan sayang anda terhadap seseorang dengan perhiasan menarik yang pasti menambat hatinya.

Rekaan loket berbentuk hati contohnya antara hadiah sesuai untuk diberikan kepada si dia.

Koleksi itu bukan sahaja dapat menawan hati wanita kesayangan anda malah menyerlahkan lagi mood romantik hari istimewa itu.

Koleksi menarik daripada Pandora untuk meraikan hari kekasih. FOTO Rohanis Shukri
Koleksi menarik daripada Pandora untuk meraikan hari kekasih. FOTO Rohanis Shukri

Menurut Naib Presiden Pengarah Kreatifnya, Francesco Terzo dan A Filippo Ficarelli, hadiah romantik untuk yang tersayang tidak semestinya membosankan.

“Simbol hati adalah bahagian penting dalam DNA Pandora. Selain itu ia juga menjadi elemen visual yang sering kali digunakan,” kata mereka.

Selain itu, mood romantik juga boleh dizahirkan dengan menghadiahkan si dia ‘charms’ istimewa yang boleh di klik terus kepada gelang.

Charms berbentuk hati itu boleh didapati dalam rona merah jambu dan perak.

Sementara itu, selain untuk yang tersayang, jenama itu turut menampilkan pelbagai koleksi perhiasan terbaru untuk dihadiahkan kepada teman rapat atau penghargaan untuk diri sendiri.

Apa yang pasti, setiap kali melihat perhiasan Pandora yang dihadiahkan, pasti fikiran mereka segera teringatkan anda dan ikatan kasih sayang juga akan terus mekar bersemarak.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Februari 2020 @ 6:30 AM