KASEROL cukup popular di barat. - FOTO Google
KASEROL cukup popular di barat. - FOTO Google
KASEROL telur bersama terung. - FOTO Google
KASEROL telur bersama terung. - FOTO Google
KASEROL tuna dan kobis bunga bersama pasta. - FOTO Google
KASEROL tuna dan kobis bunga bersama pasta. - FOTO Google
Nurul Husna Mahmud


SEBUT sahaja penyediaan hidangan yang mudah dan sihat, bakar antara penyediaan sajian yang menepati kriteria berkenaan.

Salah satu kaedah penyediaan sajian bakar ialah menggunakan kaserol iaitu kuali kaca berbentuk empat segi tepat. Penyediaan sajian secara kaserol biasanya menggunakan kombinasi pelbagai ramuan masakan, sekali gus menjadikan ia hidangan lengkap.

Mengenai sajian kaserol ini sendiri, ia sangat terkenal di Eropah apabila menggabungkan semua nutrisi penting iaitu karbohidrat, protein dan sayur-sayuran dalam satu hidangan. Walaupun kaedah digunakan hampir sama, namun boleh pelbagaikan resipi mengikut cita rasa masing-masing.

Bagi menonjol rasa sajian kaserol, penggunaan keju boleh membantu meningkatkan rasa selain 'pengikat' kepada semua ramuan supaya tidak 'bercerai' ketika sedang menikmatinya. Ramuan lain yang boleh digunakan untuk menggantikan keju ialah telur atau krim cendawan.

Berikut adalah tiga resipi kaserol bukan sahaja mudah, namun sesuai sebagai sajian utama dihidangkan ketika berbuka puasa atau meraikan tetamu di hari raya:

1. Kaserol tuna dan kobis bunga bersama pasta

Ramuan:

  • 2 sudu besar mentega

  • 1 biji bawang besar dipotong dadu

  • 2 batang saleri dipotong dadu

  • 2 biji bawang putih

  • 2 cawan susu

  • 1 sudu besar mustard (biji sawi)

  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk lumat)

  • 2 sudu kecil garam

  • 1 sudu besar paprika

  • 1 cawan kobis bunga

  • 1 tin kecil tuna

  • 1 mangkuk pasta

  • 1 cawan keju cedar

  • Daun bawang dipotong

    Kaedah penyediaannya:

    1. Panaskan ketukar pada suhu 200 darjah Celsius.

    2. Panaskan kuali dan masukkan mentega, bawang besar dan saleri sekitar tujuh minit.

    3. Tambahkan bawang putih dan tumis selama 30 saat.

    4. Masukkan susu dan kacau lembut.

    5. Masukkan mustard, garam, lada hitam, paprika dan kobis bunga. Kacau kira-kira lima minit sehingga bahan mula memekat.

    6. Tutup api dan masukkan 3/4 cawan keju, tuna dan pasta.

    7. Pindahkan bahan tadi dalam kaserol dan taburkan baki keju. Mula bakar selama 15 hingga 20 minit. Taburkan daun bawang dan bakar semula selama lima minit. Kaserol siap untuk dihidangkan.

    2. Kaserol Telur bersama Terung

    Ramuan:

  • 2 cawan terung

  • 2 sudu besar minyak zaitun.

  • 1 biji bawang besar

  • 5 ulas bawang putih

  • 1/2 sudu besar gula

  • 2 sudu kecil garam

  • 1 cawan tomato

  • 1 cawan keju ricotta

  • 1 biji telur

  • 1/2 cawan keju parmesan.

  • 1/2 cawan krim masakan

  • 1 genggam daun basil

  • 1 sudu besar lada hitam

    Kaedah penyediaan:

    1. Panaskan kuali. Tumiskan minyak zaitun, bawang besar, bawang putih, tomato dan terung. (kira 10 hingga 15 minit)

    2. Perisakan dengan garam, gula, lada hitam dan keju ricotta.

    3. Tutup api dan masukkan telur serta krim masakan.

    4. Pindahkan dalam kaserol dan taburkan

    keju parmesan dan daun basil. Bakar pada suhu

    200 darjah Celsius selama 15 minit. Sedia dihidangkan.

  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Mei 2021 @ 6:33 AM