MAJLIS kanak-kanak antara popular dengan konsep ini.
MAJLIS kanak-kanak antara popular dengan konsep ini.
Nurul Husna Mahmud


Kanape adalah satu kaedah sajian yang disediakan sebagai pemula hidangan kerana penyediaannya dalam bentuk menarik tetapi bersaiz kecil.

Melihat kepada sejarah penyediaan konsep hidangan ini, kanape sebenarnya berasal dari perkataan Perancis, 'canape' yang bermaksud kanopi.

Kekuatan hidangan ini turut terletak pada elemen atau ramuan di atasnya (topping) yang biasanya dilapisi biskut atau roti untuk lapisan bawah.

Di Itali, konsep hidangan ini turut juga dikenali dengan 'tartine' iaitu saiz hidangan khusus untuk satu suapan.

Bagi mereka yang mahukan kelainan untuk sajian rumah terbuka sempena Syawal, boleh memilih konsep kanape berbanding saiz hidangan standard dan besar kepada tetamu.

BOLEH dipelbagaikan penggunaan bahan dasarnya sama ada biskut, roti atau sayur tertentu.
BOLEH dipelbagaikan penggunaan bahan dasarnya sama ada biskut, roti atau sayur tertentu.

Idea ini amat sesuai dalam penyediaan minum petang dan juga snek sampingan ketika berbual bersama tetamu atau saudara datang berkunjung.

Mengenai konsep penyediaan sajian menerusi kanape ini dilihat sangat efisyen baik dari segi kos mahu pun pilihan lebih sihat kerana konsep makan secara bersederhana.

Hidangan kanape biasanya bersaiz sudu besar mempunyai semua elemen seperti karbohidrat, sayur-sayuran dan protein.

MENU seimbang apabila penggunaan ramuan segar dan sihat.
MENU seimbang apabila penggunaan ramuan segar dan sihat.

Kanape turut ditampilkan dengan ciri - ciri hiasan menarik sehingga boleh menjadi paparan di media sosial.

Tuan rumah juga boleh melakukan penyediaan awal dan perincian seperti menggabungkan elemen resipi selain cepat dan mudah disediakan.

Berikut adalah resipi kanape yang boleh dipertimbangkan sebagai juadah yang enak ketika rumah terbuka atau jamuan raya:

1.Resipi kanape kacang pea bersama udang.

Bahan-bahannya:

• 1 cawan kacang pea (direbus dan dilenyek)

• 200 gram udang bersaiz sederhana (direbus dan diperisakan dengan sedikit garam)

• 3 ulas bawang putih

• 1/2 biji jus lemon

• 2 sudu besar minyak zaitun.

• Daun pudina

• Garam

• Lada sulah

• 1 roti Baguette (roti Perancis)

Penyediaan:

1. Roti Perancis dipotong kepada 15 keping. Dibakar kedua-dua belah sehingga warna keperangan.

2. Kemudian penyediaan sos pea iaitu kacang pea sudah dilenyek dicampur dengan bawang putih sudah potong dadu bersama bahan lain seperti minyak zaitun dan daun pudina. Perisakan dengan lada sulah dan garam.

3. Kaedah untuk menghidang, susunan bertingkat iaitu roti paling bawah, sos pea sebagai bahan di tengah dan juga letakkan udang di atas. Sedia untuk dimakan.

ii. Kanape timun dan salmon salai

• 200 gram salmon (disalai) -dipotong dua hingga 3 sentimeter.

• 1 biji timun (saiz besar)

• 2 sudu besar bijan

• 2 ulas bawang putih yang dicincang (digoreng garing / boleh ganti dengan serbuk bawang putih)

• 1/3 bawang besar (dicincang halus dan digoreng atau bawang goreng juga dihaluskan)

• 1/4 cawan sos krim masam (sour cream)

• Daun bawang dicincang halus

• 1 biji lemon (jus)

• Garam

• Lada hitam (serbuk)

Penyediaan:

1. Timun dipotong dengan tebal 1 sentimeter .

Timun dipotong secara menyerong dan dibuang kulit.

2. Sediakan sos krim. Campurkan sos krim masam, jus lemon, daun bawang, bawang putih cincang dan bawang besar kering dicincang halus dalam satu mangkuk. Tambah lada hitam dan sedikit garam sebagai perisa.

3. Sajikan kanape dengan timun disusun paling bawah, letakkan sos krim dan juga di atas sos dengan salmon salai. Hiaskan dengan bijan. Boleh dihidang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Jun 2022 @ 6:19 AM