ENAK dan mudah penyediaan puding roti .
ENAK dan mudah penyediaan puding roti .
Nurul Husna Mahmud


Malaysia mencatatkan rekod sebagai negara dengan jumlah sisa makanan paling banyak di dunia.

Memetik laporan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), secara purata rakyat negara ini didapati membuang 259.82 kilogram (kg) sisa makanan setiap tahun.

Jepun antara negara terbaik dalam pengurusan sisa makanan apabila hanya mencatatkan sekitar 49 kg setahun.

Pengurusan sisa makanan antara isu pengurusan sisa yang mana memberi kesan kepada ekonomi negara untuk jangka masa panjang.

Sebenarnya ada beberapa aspek atau amalan boleh dilakukan rakyat Malaysia bagi memastikan pembaziran makanan diatasi.

Kebanyakan budaya pembelian stok makanan secara berlebihan tanpa menyenaraikan stok sedia ada antara mengundang lebihan makanan.

Lebih memburukkan lagi keadaan stok tersimpan menghampiri tarikh luput dan makanan itu tidak dapat dinikmati.

Penyelesaian termudah, ia berakhir di tempat pembuangan sampah.

Selain itu makanan semalaman atau hari sebelumnya dalam peti sejuk juga antara masalah lazim dialami kebanyakan individu.

Sebenarnya penyelesaian mudah baki makanan semalam yang tersimpan di peti sejuk boleh digunakan untuk menghasilkan sajian baru.

Di luar negara, terdapat gerakan dalam kalangan aktivis lestari yang berkongsi resipi menerusi penyediaan sajian semalam bagi menghasilkan hidangan baru.

Lebih mudah, ringkas dan menjimatkan masa antara konsep diperkenalkan kumpulan aktivis itu.

Andai di rumah terdapat lebihan ayam dan roti sudah luput tetapi dipastikan tiada kehadiran kulat, ia boleh menghasilkan sajian unik dan enak.

Berikut antara resipi boleh menjadi pencetus kepada tabiat baru yang membantu pengurangan sisa makanan dari dapur rumah:

LEBIHAN roti dipotong untuk penyediaan puding.
LEBIHAN roti dipotong untuk penyediaan puding.

ROTI antara makanan yang biasanya berada dalam dapur rumah.
ROTI antara makanan yang biasanya berada dalam dapur rumah.

1. Roti Pizza

  • 4 hingga 8 keping roti

  • 1 atau 2 cawan sos pizza

  • Protein pilihan - salami atau sosej atau daging kisar atau daging ayam carik.

  • 1 sudu besar oregano.

    Penyediaannya:

    1. Panaskan gril ketuhar.

    2. Letakkan roti bakar pada loyang pembakar dan tambahkan sesudu besar sos pizza. Sapukan dengan bahagian belakang sudu ke sudut.

    3. Taburkan parutan mozzarella diikuti dengan protein pilihan seperti salami, sosej atau daging cincang.

    4. Taburkan sedikit oregano. Masukkan ke dalam ketuhar dan biarkan masak sehingga keju cair.

    5. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk selama beberapa minit sebelum dihidangkan.

    2. Puding roti

  • Ambil 2 cawan susu

  • 2 sudu besar mentega tanpa garam

  • 1 sudu kecil ekstrak vanila

  • 1/3 cawan gula pasir

  • Secubit garam

  • Roti manis seperti roti bulat atau brioche, dipotong menjadi kiub 2 inci (lima hingga enam cawan) 2 biji telur (dipukul)

    Penyediaannya

    1. Panaskan ketuhar mikro gelombang pada suhu 350 darjah.

    2. Panaskan susu, mentega, vanila, gula dan garam pada api kecil. Kacau sampai mentega cair. Biarkan sejuk.

    3. Sediakan bekas koserol dan masukkan empat atau lima cawan roti.

    4. Pukul susu sebelum campurkan ke dalam roti. Bakar selama 30 hingga 40 minit.

    5. Boleh sediakan kastard atau coklat untuk dimakan bersama puding.

  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mac 2024 @ 6:42 AM