JENTERA sport sentuhan hibrid.
JENTERA sport sentuhan hibrid.
Lizam Ridzuan


SELEPAS pengenalan model SF90 Stradale sebagai Kenderaan Hibrid Elektrik Plug-In (PHEV) pertama untuk Ferrari dua tahun lalu, kali ini Ferrari 296 GTB Serba Baharu pula dilancarkan di negara ini.

Ia adalah kenderaan sport ciri enjin tengah dua tempat duduk berlinetta.

Ia bukan sahaja menawarkan prestasi maksimum malah sesuai bagi kegunaan seharian.

Jarak rodanya lebih pendek manakala lampu utamanya berbentuk 'air mata' dengan lampu nyalaan siang (DRL). Terdapat juga elemen kemasukan udara pada bahagian brek.

Ia dikuasakan dengan enjin hibrid pacuan roda belakang V6 yang pertama kali ditawarkan.

Ia mampu menghemburkan kuasa 663 PS pada 120 darjah.

Padanan motor elektrik dan enjin pembakaran dalaman (ICE) yang menggunakan 'Transition Manager Actuator' (TMA) membantunya menambah kuasa sebanyak 167PS.

SPOILER belakang aktif.
SPOILER belakang aktif.

Ia menjadikan kuasa keseluruhan jentera ini kepada 830PS pada 8,000rpm dan tork 740Nm pada 6,250rpm.

GTB membawa maksud 'Gran Turismo Berlinetta' dan enjin 2,992cc Twin Turbo V6 ini 30 kilogram (kg) lebih ringan daripada V8.

Malah komponen baharu turut dipasang padanya menjadikan berat jentera berkenaan hanya kira-kira 1.47 tan.

RUANG kabin gaya perlumbaan.
RUANG kabin gaya perlumbaan.

Ia mampu memecut daripada sifar ke 100km/j dalam tempoh 2.9 saat manakala kelajuan maksimumnya mencecah 330km/j.

Sebagai model PHEV, ia mampu bergerak sejauh 25km dalam mod eDrive elektrik sepenuhnya dengan kelajuan sehingga 135km/j.

Ia memiliki empat mod pemanduan iaitu e-Drive, Hybrid, Performance dan Qualify.

ENJIN PHEV 2,992 cc Twin Turbo V6.
ENJIN PHEV 2,992 cc Twin Turbo V6.

Ciri-ciri baharu yang lain ialah ruang dalaman dengan Antaramuka Mesin Manusia (HMI) dan Paparan Head-Up.

Ia juga datang dengan modul kawalan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) baharu iaitu ABS evo yang dibangunkan khas untuk Ferrari. Ia akan berfungsi ketika mod perlumbaan diaktifkan.

Ia juga didatangkan dengan pakej Assetto Fiorano yang menjadikan jentera lebih ringan dan modifikasi bercirikan aerodinamik bagi kepuasan pemanduan di litar.

Untuk pasaran Malaysia, Ferrari 296 GTB Serba Baharu ini dijual pada harga asas daripada RM1.22 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2022 @ 7:00 AM