FERRARI F8 Tributo dijual pada harga asas bermula RM1,068,000 (atas jalan tanpa insurans).
FERRARI F8 Tributo dijual pada harga asas bermula RM1,068,000 (atas jalan tanpa insurans).
Lizam Ridzuan


FERRARI F8 Tributo yang julung kali dipertontonkan kepada umum pada Pameran Motor Geneva bulan lalu sudah 'mendarat' untuk pasaran Malaysia.

Pelbagai aktiviti diisi sempena pelancaran model gantian kepada 488 GTB itu di negara ini. Aktiviti itu juga dibuat sempena sambutan ulang tahun ke-10 pengedaran Ferrari di Malaysia, Thailand dan Singapura.

Model dua tempat duduk itu diinspirasikan daripada model klasik Berlinetta dengan bahagian enjin belakang tengah yang boleh dilihat melalui cermin belakang Lexan.

MODEL dua tempat duduk itu diinspirasikan daripada model klasik Berlinetta.
MODEL dua tempat duduk itu diinspirasikan daripada model klasik Berlinetta.

F8 Tributo dikuasakan enjin 3.9 liter V8 pengecas turbo berkembar. Ia mampu menghemburkan kuasa 720PS dan tork maksimum sehingga 770Nm, ia yang paling bertenaga pernah dihasilkan untuk enjin V8.

F8 Tributo dikuasakan enjin 3.9 liter V8 pengecas turbo berkembar.
F8 Tributo dikuasakan enjin 3.9 liter V8 pengecas turbo berkembar.

Enjin ini pernah dinobatkan sebagai 'Enjin Terbaik' pada Anugerah Enjin Tahunan 2016, 2017 dan 2018. Pada 2018 juga, enjin ini meraih anugerah enjin terbaik dua dekad.

Melalui kotak gear tujuh kelajuan dwiklac automatik, ia mampu memecut daripada sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 2.9 saat serta mencatatkan kelajuan maksimum 340km/j.

Untuk rekaan luaran, pada bahagian fascia rendah, ia direka semula dengan mengambil sedikit elemen Pista seperti S-Duct. Bahagian bumbung turut diolah semula selain lampu hadapan tampil lebih kompak untuk lebih ciri aerodinamik.

Ia membolehkan kemasukan udara yang lebih di atas lampu dan bampar untuk dialirkan ke sistem penyejukan kepada brek selain ‘downforce’ dipertingkatkan sebanyak 15 peratus untuk lebih stabil pada kelajuan tinggi.

Bahagian dalaman mengekalkan ciri klasik dengan rekaan yang hampir sama untuk kebanyakan model enjin belakang tengah, namun setiap elemen diberi sentuhan baharu.

BAHAGIAN dalaman masih kekalkan ciri klasik.
BAHAGIAN dalaman masih kekalkan ciri klasik.

Ini termasuk generasi baharu 'Human Machine Interface' (HMI) dengan lubang udara bulat, stereng pelbagai fungsi dilengkapi butang kawalan, serta skrin sentuh penumpang tujuh inci.

Untuk pasaran Malaysia, Ferrari F8 Tributo dijual pada harga asas bermula RM1,068,000 (atas jalan tanpa insurans) dengan model pertama tempahan dijangka tiba pada suku ketiga tahun hadapan. #vroomHM.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mei 2019 @ 5:30 AM