GAMBAR bayi yang tular di laman sosial adalah bukan anak kepada Shuib dan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.
GAMBAR bayi yang tular di laman sosial adalah bukan anak kepada Shuib dan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pengurus Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Nana Mohamad Rom menafikan wajah bayi yang tular di laman sosial adalah anak kepada penyanyi itu dengan Shuib yang dilahirkan Jumaat lalu.

Nana berkata, dia menyeru kepada semua pihak untuk berhenti berkongsi gambar itu.

"Itu bukan wajah anak keempat Shuib yang diberi nama Ayash Affan. Bayi masih diletakkan dalam inkubator dan belum berpeluang pulang ke rumah.

"Saya mohon orang ramai untuk berhenti sebarkan foto itu. Tolong jaga sensitiviti keluarga Shuib ketika ini," katanya.

Menurut Nana, dia percaya gambar Ayash Affan pasti akan dikongsikan Shuib apabila anaknya dalam keadaan baik.

"Saya yakin Shuib pasti akan kongsikan foto anak keempatnya nanti, cuma sekarang bukan waktu yang sesuai.

"Beri dia ruang untuk selesaikan urusan pengebumian ini. Insya-Allah dia akan kongsikan foto anaknya," katanya.

Berita berkaitan

  • Air mata Siti Sarah tatapan terakhir Shuib dan anak-anak
  • Shuib, ahli keluarga terdekat dibenar tunai solat jenazah Siti Sarah
  • Video pelukan terakhir Siti Sarah dan anak-anak mengundang sayu
  • 'Arwah bergelut selamatkan anak kami' - Shuib
  • Siti Sarah mahu rahsiakan ibadah korban di Gaza
  • 'Bidadari syurga saya pergi buat selamanya'
  • Siti Sarah meninggal dunia
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Ogos 2021 @ 11:40 AM