Norhayati Nordin

Kuala Lumpur: Pelawak Shuib, 37, tidak menduga perkhabaran duka mengenai pemergiaan Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin, semalam, tersebar hingga ke Tanah Suci Makkah.

Shuib menerusi perkongsian video berdurasi satu minit dan 20 saat yang dimuat naik di Instagram, menunjukkan seorang imam sedang melakukan solat jenazah ghaib secara berjemaah di dalam Masjidil Haram di Makkah 

Difahamkan solat jenazah ghaib yang dilakukan dalam waktu Zohor itu adalah untuk Allahyarham Siti Sarah.

"Allahuakbar, Allah Maha Besar dapat kiriman video solat jenazah ghaib dalam Masjidil Haram. Allah terlalu sayang awak ibu... Bergembiralah disyurga bidadariku Siti Sarah," tulisnya ringkas.

Menerusi perkongsian itu, video berkenaan hingga kini sudah mendapat lebih 800,000 tontonan dan lebih 11,000 komen daripada warganet yang sangat tersentuh hati.

Rata-rata komen ditulis warganet pula menunjukkan rasa kagum mereka terhadap amalan-amalan kebaikan yang pernah dilakukan Allahyarham Siti Sarah ketika hayatnya.

Memetik komen ditinggalkan Ustaz Ebit Lew, beliau berkata Allah sayang @shuibsepahtu dan @sitisarahraissuddin, janji Allah itu benar buat orang yang baik dermawan dan taat pada suami dan fikir umat yang ada padanya.

SOLAT jenazah ghaib untuk Siti Sarah di Masjidil Haram.
SOLAT jenazah ghaib untuk Siti Sarah di Masjidil Haram.

Semalam, seluruh negara dikejutkan dengan berita sedih  kematian Siti Sarah disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM jam 5.13 pagi dan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Terdahulu, Siti Sarah bersama Shuib dan tiga anak mereka termasuk pembantu rumah disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu dan menjalani kuarantin diri di rumah.

Bagaimanapun, Siti Sarah yang sarat hamil tujuh bulan berhadapan masalah pernafasan dan dikejarkan ke HCTM pada 4 Ogos lalu sebelum ditidurkan dan kemudian, menjalani pembedahan mengeluarkan bayi pada 6 Ogos. Arwah selamat melahirkan anak lelaki diberi nama Ayyash Affan.

 Berita berkaitan

  • Belasungkawa: Siti Sarah Raissuddin 15 September 1984 - 9 Ogos 2021
  • Shuib lega, syukur anak-anak faham ibu mereka sudah tiada
  • Anak-anak belum tahu Siti Sarah meninggal dunia
  • Siti Sarah selamat dikebumi
  • Shuib 'cemburu' pemergian Siti Sarah
  • Itu bukan gambar 'baby' Siti Sarah & Shuib
  • Air mata Siti Sarah tatapan terakhir Shuib dan anak-anak
  • Shuib, ahli keluarga terdekat dibenar tunai solat jenazah Siti Sarah
  • Video pelukan terakhir Siti Sarah dan anak-anak mengundang sayu
  • 'Arwah bergelut selamatkan anak kami' - Shuib
  • Siti Sarah mahu rahsiakan ibadah korban di Gaza
  • 'Bidadari syurga saya pergi buat selamanya'
  • Siti Sarah meninggal dunia
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Ogos 2021 @ 12:42 PM