MAYAT mangsa dijumpai penduduk kampung berhampiran Jambatan Parit Salleh. FOTO  ihsan Bomba
MAYAT mangsa dijumpai penduduk kampung berhampiran Jambatan Parit Salleh. FOTO ihsan Bomba
Adnan Ibrahim

MAYAT pelajar Sekolah Tahfiz Assidiq Gurfan, Simpang Renggam, Mohd Danish Mirzan Mohd Said, 16, ditemui di jambatan Parit Salleh, Kluang, hari ini.

Mohd Danish Mirzan adalah seorang daripada dua mangsa lemas ketika mandi bersama enam rakan lain di Sungai Kampung Sahari, kira-kira jam 6.10 petang kelmarin.

Mayat rakannya, Muhammad Ammar Mazeni, 13, ditemui 5.20 pagi semalam di Sungai Berumbong, hampir dua kilometer dari tempat kejadian.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyalamat Malaysia (JBPM) Zon 3 (Kluang), Wan Syariman Wan Saleh berkata, mayat mangsa ditemui pada 10.29 pagi oleh orang ramai sebelum dimaklumkan kepada mereka.

Katanya, mayat mangsaditemui 20.5 kilometer (km) dari tempat dia dilaporkan hilang, kelmarin.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) untuk bedah siasat.

“Berikutan itu kami menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR), 12.16 tengah hari tadi.

“Mangsa dihanyutkan arus deras dan melepasi pintu air RANHILL SAJ Sdn Bhd yang berada 5.5 km dari tempat kejadian,” katanya.

Hari ini Harian Metro melaporkan bapa Mohd Danish Mirzan, Mohd Said Abdul Wahab, 56, merayu umat Islam mendoakan pasukan SAR menemui anaknya selepas hilang dibawa arus deras sejak Khamis lalu.

Dalan kejadian 6.10 petang itu, Mohd Danish Mirzan dan Muhammad Ammar, hilang selepas dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Kampung Sahari bersama enam rakan mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail mengesahkan penemuan mayat mangsa.

Katanya, proses bedah siasat dilakukan pada 2 petang sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Haji Manan, Kluang.

Berita berkaitan

Lari 500 meter nak selamatkan adik

'Mohon doakan anak saya ditemui'

Mayat Ammar sudah ditemui

[UPDATE] Akur kehendak takdir

Enam selamat, dua remaja masih hilang

2 remaja dikhuatiri lemas

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2019 @ 3:17 PM