Upiak (kiri) sudah berjumpa Andi untuk lerai salah faham. FOTO  HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/SAIFULLIZAN TAMADI
Upiak (kiri) sudah berjumpa Andi untuk lerai salah faham. FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/SAIFULLIZAN TAMADI
Syafil Syazwan Jefri


PENYANYI, Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda, 32, memaklumkan bahawa berlaku salah faham ketika dia dikatakan marah apabila lagunya, Tak Tun Tuang dinyanyikan semula oleh penyanyi, Andi Bernadee.

“Itu adalah salah faham saja. Saya orang kampung dan tak faham apa sebenarnya maksud lagu ‘cover’. Saya fikir, dia menuntut dan memberitahu semua bahawa Tak Tun Tuang adalah lagu asalnya,” kata Upiak kepada Harian Metro.

Tambah Upiak, dia juga sudah bertemu empat mata dengan Andi dan semua salah faham sudah diselesaikan.

“Saya sudah bertemu dengannya dan tiada sebarang masalah berbangkit antara kami berdua. Dia juga seperti adik kepada saya,” katanya.

Upiak sebelum ini, menulis komen di video nyanyian semula yang dimuat naik oleh Andi di Instagramnya. Namun, Andi sendiri sudah menghantar pesanan ‘Direct Message’ kepadanya dan menjelaskan keadaan yang sebenar.

Selepas lagu Tak Tun Tuang mula tular, Upiak mula mendapat perhatian ramai bukan sahaja di kampung halamannya di Padang, Indonesia tetapi juga di Malaysia dan Thailand.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 November 2017 @ 7:34 PM