UPIAK. FOTO Arkib NSTP
UPIAK. FOTO Arkib NSTP
Michelle Gun


PENYANYI Indonesia yang popular menerusi lagu Tak Tun Tuang, Upiak Isil mendedahkan ada peminat kecewa apabila mendapati dirinya bukan seperti dalam gambar di media sosial.

Upiak, 33, berkata dia gemar menggunakan aplikasi kamera telefon pintar kerana mahu menampakkan kulit wajahnya mulus.

"Saya suka guna aplikasi kamera untuk mengambil gambar kerana memberi hasil cantik. Selain itu, saya mahu menutup jerawat di wajah.

"Oleh sebab itu, ada peminat apabila terserempak dengan saya di luar bertanya macam-macam termasuk mempersoalkan mengapa saya kelihatan tinggi dalam gambar di media sosial," katanya.

Pun begitu, penyanyi berasal dari Padang, Indonesia itu memberitahu tidak pernah kecil hati dengan pertanyaan sedemikian.

"Saya hanya diam dan senyum kerana mengetahui ramai juga menggunakan aplikasi ini," katanya.

Dalam pada itu, Upiak menjadikan pengalaman terbabit sebagai inspirasi menghasilkan single baru berjudul Aplikasi Kamera Penipu.

Menurutnya, single itu bakal dinyanyikan dalam tiga versi iaitu bahasa Indonesia, Minang dan Jawa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Jun 2018 @ 3:50 PM