Abby Abadi (dua kiri) bersama Wawa (dua kanan) dan Aeril
Abby Abadi (dua kiri) bersama Wawa (dua kanan) dan Aeril
Najiy Jefri


Bangi: "Sejujurnya saya masih ralat atas apa yang berlaku, tapi saya terima kenyataan ini."

Demikian kata pelakon Abby Abadi mengenai keputusan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim yang memilih untuk hidup berpoligami. 

Abby ketika ditemui Harian Metro berkata, sebagai wanita yang pernah menentang untuk hidup berkongsi kasih dia kini perlu reda dan akur apabila ujian itu kini berlaku kepada anaknya.

"Saya mendoakan yang terbaik untuk anak-anak saya. Jadi saya harap orang luar pun sama.

"Kalau dulu saya bukan orang yang boleh  terima poligami dan sebab itulah apa yang berlaku dulu hingga saya minta bercerai  saya tak boleh berkongsi. 

"Tapi benda yang saya tak nak, tapi ujian itu datang kepada anak saya. Saya tak sangka.

"Walaupun saya dah pernah bersembang dengan anak saya serta bergurau dengannya fasal ciri-ciri lelaki  tapi perkara itu tidak berlaku. Kita hanya mampu merancang , tapi Allah lebih tahu apa yg terbaik," katanya.

Abby berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Wawa Nostalgia Raya di Wawa Cosmetics HQ, Bangi, Selangor, semalam. 

Menurut Abby, sehingga hari ini dia masih tidak menemui jawapan mengapa Marissa memilih untuk menjadi isteri kedua.

"Semua orang pun kalau ada pilihan mereka nak yang paling bahagia dalam hidup mereka. 

"Saya percaya mesti ramai yang tidak mahu berkongsi, tapi saya pun tak tahu nak jelaskan bagaimana anak saya memilih untuk berada di posisi isteri kedua. Saya tiada jawapan itu," katanya.

Pada 7 Februari lalu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila didakwa bernikah di Thailand dengan Aslam.

Pernikahan itu dikatakan berlangsung ketika isteri pertamanya sedang berada di Tanah Suci Makkah pada 27 Disember tahun lalu.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mei 2024 @ 10:53 AM