AHMAD Muriz (kanan) bersama gandingan hebat dua generasi, Hail dan Bob.
AHMAD Muriz (kanan) bersama gandingan hebat dua generasi, Hail dan Bob.
Norhayati Nordin


PELUANG peminat muzik tempatan untuk menyaksikan persembahan mantap dan hebat daripada Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) pastinya menerusi Konsert Raya Sepanjang Zaman membabitkan beberapa penghibur berkaliber terkenal.

Bakal

berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) KLCC, pada 6 Mei depan, konsert bermula jam 8.30 malam ini menampilkan barisan penyanyi seperti Datuk Hail Amir, Sanisah Huri, Ziana Zain dan Bob Yusof dengan diiringi 60 pemuzik MPO.

Konduktor Muzik MPO, Ahmad Muriz Che Rose berkata, penganjuran Konsert Raya Sepanjang Zaman itu adalah kesinambungan kejayaan Konsert Cahaya Aidilfitri yang dipersembahkan MPO dan DFP pada Aidilfitri tahun lalu.

"Bagaimanapun, Konsert Raya Sepanjang Zaman kali ini dianjurkan sebagai mengisi sambutan ulang tahun ke-25 MPO sejak ditubuhkan pada 1998. Jadi, pastinya konsert ini amat menarik kerana mempersembahkan lagu raya malar segar dan digubah mengikut susunan simfoni orkestra.

"Selepas melihat maklum balas daripada sambutan amat positif pada konsert raya tahun lalu, saya rasa tiada salahnya dan satu tindakan yang bagus juga sekiranya kami, MPO dan DFP terus menganjurkannya lagi.

"Namun, sudah tentu untuk konsert kali ini kami perlu membuat beberapa penambahbaikan dengan mengambil kira pandangan diberikan penonton merangkumi segala aspek iaitu pemilihan lagu dan penyanyi sesuai," katanya ditemui baru-baru ini.

Ahmad Muriz berkata, apa pun dia juga melihat penganjuran Konsert Raya Sepanjang Zaman itu untuk mengangkat dan memartabatkan legasi karya seni tempatan ke peringkat lebih tinggi. Jelasnya, karya seni dan muzik adalah satu warisan bangsa.

"Jadi, pada saya sudah tentu MPO juga adalah khazanah negara yang sentiasa memartabatkan kandungan seni muzik tempatan. Malah, kami hingga kini terus merujuk penggiat industri untuk mendapatkan pandangan mengenai lagu yang perlu diketengahkan.

"Selain itu, MPO sebenarnya dalam usaha meletakkan lagu tempatan pada tahap sepatutnya dan antara langkah yang kami cuba buat adalah menghasilkan album instrumental mengandungi dua cakera padat (CD) menampilkan seleksi lagu tradisional.

BOB Yusof
BOB Yusof

"Bukan sekadar itu, kami akan terus mempelbagaikan kandungan tempatan melalui platform yang ada pada masa sekarang dan akan datang untuk menarik perhatian ramai pada kalangan peminat seni dan hiburan tanah air," katanya.

Mengulas pemilihan Hail, Sanisah, Ziana dan Bob, jelas Ahmad Muriz, ia turut melihat kepada pengalaman mereka menyanyi dengan orkestra. Katanya lagi, empat figura muzik dari beberapa era berbeza itu memiliki kelunakan vokal dan cara nyanyian tersendiri.

"Kami inginkan pengalaman persembahan hebat dan menarik dirasai penonton yang sudah membeli tiket konsert ini. Kami mahu mereka membawa pulang nostalgia penuh makna dengan lagu raya dipersembahkan.

HAIL Amir
HAIL Amir

"Sebagai individu yang bersama-sama dengan MPO selama ini, saya amat menyanjung tinggi seni dan warisan kita. Harapan saya supaya penganjuran Konsert Raya Sepanjang Zaman ini meraih kejayaan da

n mendapat sambutan hangat," katanya.

Berbicara mengenai lagu dipilih, Ahmad Muriz berkata, dia selesa berbincang dengan penyanyi terbabit dan

yang pasti ia adalah lagu raya popular dan diketahui penonton supaya boleh menyanyikan bersama-sama.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 April 2023 @ 6:30 AM