Raja Permaisuri Agong berkenan menerima menghadap Terry di Istana Negara. FOTO Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/RPO
Raja Permaisuri Agong berkenan menerima menghadap Terry di Istana Negara. FOTO Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/RPO
BERNAMA

Kuala Lumpur: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry di Istana Negara di sini.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut hadir pada pertemuan itu ialah Timbalan Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia David Wallace dan Setiausaha Utama (Politik) Pesuruhjaya Tinggi British Sandeep Judge.

Menurut hantaran itu, para tetamu turut diraikan dalam majlis santapan tengah hari bersama Raja Permaisuri Agong.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 April 2024 @ 5:48 PM