Penyanyi yang juga anggota TVXQ, Changmin.
Penyanyi yang juga anggota TVXQ, Changmin.
Agensi

Seoul: Penyanyi juga anggota TVXQ, Changmin, 34, kini bergelar bapa selepas isterinya yang bukan selebriti melahirkan bayi lelaki, semalam.

Berita gembira itu dimaklumkan seorang wakil agensinya SM Entertainment dan mengatakan isteri dan anaknya berada dalam keadaan baik.

"Changmin berada setia di sisi isterinya sejak proses kehamilan sehinggalah bersalin. Dia sangat bersyukur bayinya dilahirkan dalam keadaan cukup sihat," kata jurucakap itu.

Pada 2020, Changmin dilaporkan berkahwin dengan kekasihnya yang identitinya masih dirahsiakan hingga kini. Ini kerana wanita terbabit bukan selebriti.

Menurut laporan SPOTV, dia berkenalan dengan isterinya menerusi kawan terdekat.

Bagaimanapun, agensinya cuma memaklumkan hubungan itu selepas berbulan-bulan mereka bercinta.

Penyanyi terbabit dihujani ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis serta peminat di media sosial susulan berita menggembirakan itu.

Changmin mula mencipta nama sebagai anggota TVXQ pada 2004. Pada Januari tahun lalu, dia turut melancarkan album solonya berjudul Devil.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Oktober 2022 @ 4:01 PM